Sunday, March 10, 2013

KISAH BENAR MESTI BACA : " DETIK2 TERAKHIR SITI HAJAR "

 

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar. Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

P/S : Hamba menitiskan airmata tatkala membaca kisah ini. Kisah yang tidak diambil pusing. Hati hamba menjadi sayu kerana wujud manusia yang begini luar biasa hebatnya. Hati hamba pilu kerana hamba tidak dapat menjadi sepertinya. Al-marhumah benar-benar gadis yang hebat, Semoga Allah menempatkan almarhumah bersama mereka yang beriman dan semoga Syurga ganjaran buatnya.

# Jika anda tidak boleh menjadi penulis yang memberi manfaat, jadi pembaca yang memberi manfaat kepada orang lain. SHARE / KONGSILAH kepada SAHABAT2 KISAH INI ....

kredit to PBJ

Nurul Izzah Perlekeh Pasukan Polis Yang Kini Berjuang di Lahad Datu


sumber

Kenyataan Tian Chua benar seperti disiarkan - Editor Keadilan Daily

FADZALLAH Pit (kiri) dan Aisha Geoffrey ditemani Eric Paulsen bercakap kepada pemberita selepas memberikan keterangan di IPD Petaling Jaya berhubung kenyataan Tian Chua yang mempolitikkan isu pencerobohan pengganas Sulu yang disiarkan portal Keadilan Daily, di Petaling Jaya hari ini. - UTUSAN
 
PETALING JAYA 10 Mac - Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit mendakwa kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang menyatakan insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah, merupakan satu konspirasi UMNO seperti yang disiarkan di dalam portal itu adalah benar.

Fazallah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini berkata, wartawan yang menulis berita itu, Aisha Geoffry menghubungi sendiri Tian Chua dan membuat laporan berdasarkan kenyataan ahli politik tersebut.

Fazallah berkata, kenyataan yang telah dibuat dalam konteks sebelum dua anggota pasukan keselamatan ditembak mati iaitu pada 1 Mac lalu itu bagaimanapun telah dimanipulasikan oleh para blogger sehingga memberi pemahaman yang berbeza kepada pembaca.
"Laporan Tian Chua betul tetapi telah dimanipulasi blogger-blogger sehingga memberi gambaran pembacaan yang berbeza.

"Ketika dihubungi Aisha, komen Tian Chua itu adalah sebelum polis mengeluarkan pengesahan rasmi yang mengatakan terdapat anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu," katanya ketika ditemui di sini.

Fazallah dan Aisha hadir di pekarangan IPD Petaling Jaya pada pukul 2 petang bagi membantu siasatan berhubung perkara itu, sebelum mereka keluar hampir tiga jam kemudian.

Tian Chua sebelum ini mengeluarkan kenyataan di dalam portal Keadilan Daily bahawa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah merupakan konspirasi UMNO bagi mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Sementara itu, peguam yang mewakili kedua-dua belah pihak, Eric Paulsen pula menyifatkan, siasatan yang dijalankan polis adalah satu pembaziran serta remeh untuk dijalankan.

"Lebih 200 laporan yang disiasat polis adalah banyak membazirkan masa dan agak remeh. Jelas sekali isu ini berbau politik dan Tian Chua telah ‘dikambinghitamkan’," katanya.

Difahamkan, buku nota Aisha yang menyalin segala percakapan Tian Chua ketika dihubungi telah diambil polis untuk tujuan siasatan. - UTUSAN


REMAJA LELAKI MAUT DALAM OPERASI DI KG. SUNGAI BILIS - KPN

LAHAD DATU 10 Mac - Seorang remaja lelaki maut dan seorang lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis dekat sini hari ini. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kejadian pada 9.45 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan ke atas lima individu yang berada dalam Zon Merah berhampiran Kampung Tanjung Batu.

"Ketika pasukan keselamatan sedang bergerak menjejak pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, muncul dua lelaki dan tiga wanita dewasa dari kawasan belukar berhampiran.

"Mereka segera ditangkap dan ketika sedang diperiksa kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar berdekatan di mana pasukan keselamatan secara spontan telah melepaskan tembakan ke arah belukar itu," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas Ops Daulat Felda Sahabat 16 di sini.

Beliau berkata pemeriksaan segera yang dilakukan mendapati remaja lelaki itu yang dipercayai berusia antara 12 dan 15 tahun, terbunuh manakala seorang lelaki 30-an, cedera di kaki. - BERNAMA



OP DAULAT: SIDANG MEDIA KETUA POLIS NEGARA - 10 MAC 2013 JAM 5.30PM


OP DAULAT: SIDANG MEDIA - 10 MAC 2013 (5.30PM)

sumber 

VIDEO DAN GAMBAR PEMBUNUHAN ZALIM TIADA KAITAN DENGAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN OP DAULAT

PDRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa video seorang lelaki dipotong jari dan kemudian disembelih yang kini tersebar secara viral dalam youtube dan media sosial adalah BUKAN anggota pasukan keselamatan Malaysia. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak tepat tersebut.

PDRM juga ingin menegaskan bahawa gambar mayat yang telah hancur seperti dipaparkan oleh sebuah akhbar dan mengaitkannya dengan anggota pasukan keselamatan dalam Op Daulat adalah BUKAN mayat anggota polis yang berkaitan. Gambar seperti itu adalah MUSTAHIL didapati oleh pihak media kerana tiada wartawan berada dalam kawasan operasi semasa kejadian. Gambar seperti dipaparkan oleh akhbar tersebut boleh mengganggu emosi dan situasi ahli keluarga dan sahabat handai wira yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara.
 sumber

JANGAN IKUT NAFSU KETIKA PILIH KERAJAAN: TUN M

KLANG: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mengikut nafsu sebaliknya menggunakan akal ketika memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat perlu bijak memilih kerajaan yang mereka fikir dapat menentukan hala tuju nasib mereka dan generasi akan datang. 

"Kita harus menggunakan akal kita untuk menilai prestasi sesebuah kerajaan dan sekiranya kita taksub memilih kerajaan mengikut emosi ataupun nafsu serta tanpa penilaian, maka kita akan memilih sebuah kerajaan yang tidak sesuai untuk kita.

"Jangan membenarkan nafsu kita tentukan (siapa patut memerintah) sebab ia boleh membawa mudarat kepada kita. Pilihlah parti yang terbukti bertanggungjawab kepada pengundi dan sanggup berkhidmat untuk rakyat," katanya ketika berucap pada Forum Strategik bertajuk 'Masa Depan Bangsa Malaysia' di sebuah sekolah di sini, hari ini.

Dr Mahathir, yang pernah menjadi Menteri Pelajaran, berkata rakyat perlu menolak kerajaan yang tidak mementingkan pendidikan kerana sesebuah negara akan menjadi mundur jika tidak ada penguasaan ilmu secukupnya di kalangan rakyat.

Beliau berkata, maju atau mundur sesebuah negara itu bergantung kepada tahap ilmu atau budi pekerti rakyatnya.

Katanya, sesebuah bangsa akan maju jika memiliki ilmu serta budi pekerti yang baik dan warga pendidik patut memainkan peranan untuk menyemain nilai mulia ini dalam diri masyarakat.

"Pada zaman ini, banyak penghijrahan berlaku dari kampung ke bandar, dan ibu bapa dilihat tiada masa untuk mendidik anak atas sebab kesibukan kerja, dan guru terpaksa membentuk peribadi mulia bagi anak-anak ini," katanya sambil menambah kerajaan memperuntuk hampir 25 peratus daripada belanjawan tahunan untuk pendidikan.

Dr Mahathir berkata, 'Arab Spring' di Asia Barat berlaku sebab rakyatnya tidak menguasai ilmu secukupnya, dan percaya kebangkitan politik itu tidak akan berlaku di negara ini kerana kerajaan memberi banyak peruntukan untuk pendidikan. 
 

MUTAKHIR : DUA TRAK BAWA MAYAT PENGGANAS MASUK KE HOSPITAL LAHAD DATU

LAHAD DATU: Dua trak yang diiringi polis dipercayai membawa mayat pengganas dan memasuki ke rumah mayat Hospital Lahad Datu kira-kira jam 7.50 malam tadi.
Bagaimanapun, pengamal media dihalang masuk. 

 sumber

ADUN LENDU MENINGGAL DUNIA AKIBAT BARAH USUS

Allahyarham Datuk Idderis Kassim



MELAKA TENGAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Idderis Kassim, 66, meninggal dunia di Hospital Pakar Putra, di sini, kira-kira jam 6.50 petang tadi, dipercayai akibat barah usus.
Allahyarham yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meninggal dunia di wad hospital berkenaan, selepas 20 hari dimasukkan ke hospital itu.

Idderis yang dipilih menjadi ADUN Lendu pada 2008 meninggalkan isteri, Datin Rohani Yunus, 61, dua anak, Zamran, 39, dan Zulkarnain, 36, serta empat cucu.

Zamran berkata, ayahnya yang menghidap penyakit itu sejak 2011 menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarganya selepas dimasukkan ke hospital itu pada 19 Februari lalu.

"Arwah mula mengalami komplikasi tekanan darah rendah kira-kira jam 4.30 petang tadi, sebelum dia disahkan meninggal dunia pada jam 6.50 petang.

"Jenazah allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Batu 19 3/4 Ayer Limau, Masjid Tanah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Limau pada jam 11 pagi esok (hari ini)," katanya ketika ditemui di hospital itu, sebentar tadi.

Anak sulung itu berkata, sebelum dimasukkan ke hospital, ayahnya sempat menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sebuah sekolah Cina di Parlimen Masjid Tanah.
Pada Pilihan Raya Umum 2004, Idderis memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau dan dilantik menjadi Timbalan Speaker DUN Melaka hingga kini. 
 

Pencerobohan Di Lahad Datu:Zahid Mahu Pengganas Sulu Ditembak Mati Atau Ditangkap


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
IPOH - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan kawasan Gopeng di sini hari ini.

Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.


"Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan."Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana perbuatan ini tiada belas kasihan," katanya.

Beliau berkata polis bertindak mengikut undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengganas militan itu.

"ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan hadapan, kita harus musnahkan musuh...kita hormati bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan," katanya.

Ahmad Zahid menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM dalam insiden pencerobohan itu.

"Kita mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa di dalam keadaan yang memerlukan polis dan ATM adalah pasukan yang bergerak bersama-sama sebab itu pada sidang akhbar Panglima ATM dan Ketua Polis Negara sentiasa bersama," katanya.

Mengenai tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III, didakwa dalang pencerobohan itu, beliau berkata Malaysia tidak akan berkompromi dengan pihak tersebut kerana tiada tanda-tanda mereka akan bertindak demikian.

"Saya telah berada di ground zero dan saya dapat merasakan bahawa mereka memang berhasrat untuk terus menduduki kawasan-kawasan diceroboh kerana mereka (pengikut) telah dijanjikan sejumlah wang dan dijanjikan dengan tanah untuk ladang-ladang di Sabah oleh Jamalul Kiram dan pemimpin-pemimpin lain," katanya.
 

TERBARU : POLIS SEMPORNA TAHAN 33 SUSPEK DIPERCAYAI TERLIBAT DENGAN PENGGANAS SULU

                                                     
Semporna, 10 Mac - Polis menahan 33 suspek yang dipercayai
terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan di kampung pinggir bakau di sini merupakan warga asing dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu untuk soal
siasat.

"Mereka dihantar ke IPD Lahad Datu untuk soal siasat kerana ia berkaitan dengan Op Daulat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi yang bermula pada 6.30 pagi dan berakhir pada 9 pagi memfokuskan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan turut menahan empat suspek wanita.

Katanya, kesemua suspek yang berusia 18 tahun ke atas itu, disiasat kerana dipercayai mempunyai kaitan dan melindungi pengganas Sulu.

Tinjauan Bernama ke lokasi operasi mendapati kira-kira 100 anggota polis dari IPD Semporna, VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am melakukan pemeriksaan ke setiap rumah bagi mencari dan mengesan suspek pengganas Sulu.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militan dilaporkan ditembak mati.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari kemudian. - BERNAMA
 SUMBER

'Kami tak buat apa-apa, hanya temankan tunang saya tidur'

 Pasangan terbabit yang ditahan memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.

16 Februari 2013

BATU PAHAT – “Sumpah ustaz, kami tak buat apa-apa, saya hanya temankan tunang saya tidur sahaja,” kata seorang lelaki ketika ditahan dalam serbuan Ops Valentine di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 3 pagi itu, seorang pemuda berusia 24 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan bersama wanita yang didakwa sebagai tunangnya yang juga berusia 24 tahun.


Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika ditahan lelaki terbabit memberi pelbagai alasan antaranya mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan.


Katanya, keesokan harinya ada perkara yang penting menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidur bersama di hotel itu manakala pasangannya hanya mendiamkan diri ketika disoal siasat.


“Pemeriksaan mendapati pasangan terbabit masih belum mempunyai ikatan perkahwinan.


“Alasan yang diberikan antaranya menemani tunang yang takut tidur bersendirian nyata tidak boleh diterima kerana apa juga alasan ianya tetap tidak boleh diterima selagi mereka masih belum mempunyai ikatan sah.


“Lelaki berkenaan yang berasal dari daerah ini turut memberi alasan mereka sudah bertunang sejak dua bulan lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian.


Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum dituntut waris masing-masing.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.


“Kami akan meneruskan operasi dan menjalankan serbuan seperti ini bagi memastikan kegiatan khalwat dapat ditangani sekaligus menangani gejala tidak bermoral di daerah ini,” katanya.


Katanya lagi, setiap ibu bapa juga dinasihati untuk lebih peka dan berwaspada dengan keadaan dan lokasi anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan perkara sebegini.

OP DAULAT : 2 anggota PGA cedera dalam serangan malam tadi

Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
 
LAHAD DATU - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam serangan berselang-seli yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, dekat sini malam tadi.
  
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, serangan bermula pukul 8 malam sehingga 4 pagi ini menyebabkan dua anggota PGA, masing-masing berusia 25 tahun dari batalion Miri cedera di bahagian betis dan paha.
  
"Mereka yang cedera ketika sedang berkawal di kawasan kepungan itu diberikan rawatan di lapangan oleh pasukan perubatan angkatan tentera sebelum dihantar ke hospital di Sandakan," katanya dalam sidang media di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, hari ini.
  
Beliau berkata, serangan itu menunjukkan kumpulan militan tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.
  
Laporan media Filipina sebelum ini memetik kenyataan Jamalul Kiram III, yang didakwa dalang pencerobohan itu, meminta kumpulan yang menceroboh Lahad Datu supaya meletak senjata selepas berlaku kematian di pihaknya ekoran gerakan ofensif dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia.
  
Hamza berkata, jumlah tangkapan mereka yang disyaki terbabit dengan kumpulan penceroboh telah meningkat kepada 85 orang berbanding 79 sebelum ini.
  
Katanya, jumlah itu tidak termasuk 27 orang yang ditahan ketika berada di atas tiga buah bot di kawasan larangan Op Daulat pukul 10 pagi semalam di pantai Tanjung Batu.
  
Di sebalik tangkapan dan jumlah militan yang terbunuh, beliau memberi jaminan keadaan keselamatan di pantai timur Sabah adalah terkawal.
  
Op Daulat yang dilancarkan enam hari lalu menyaksikan 53 militan penceroboh telah ditembak mati.
  
Sejak pencerobohan 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari kemudian. - Bernama

Lindung pengganas: 44 warga asing ditahan di Semporna

SEMPORNA 10 Mac - Pasukan keselamatan menahan 44 warga asing termasuk empat wanita di Kampung Pinggir Bakau di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah berkata, kesemua mereka ditahan kerana dipercayai melindungi kegiatan pengganas Sulu. - UTUSAN 

sumber 

Mutakhir : Penduduk Lahad Datu terus diingatkan jauhi kawasan operasi

KUALA LUMPUR: Penduduk di Lahad Datu, Sabah hari ini terus diingatkan supaya tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih bertungkus lumus menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu. 

"Itu adalah kawasan panas, kita minta penduduk jangan masuk atau hampiri kawasan terbabit ini.


"Selain itu jika ada berita yang disebarkan pihak tertentu sila buat pengesahan di ibu pejabat polis berhampiran, sama-samalah kita membantu pasukan keselamatan untuk memastikan keadaan dan keamanan di Sabah dapat dipulihkan," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung di TV3, pagi ini.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Februari lalu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA

Mutakhir Lahad Datu: 2 anggota PGA cedera berbalas tembak dengan pengganas

LAHAD DATU: Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam kejadian tembak menembak dengan pengganas di Kampung Tanjung Batu kira-kira jam 8 malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam kejadian tembakan sehingga jam 4 pagi itu, dua anggota dari PGA Miri cedera di bahagian betis dan peha. 


Mereka dibawa ke Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan.

OPS DAULAT : 85 DITAHAN BANTU SIASATAN PENCEROBOHAN SULU

LAHAD DATU: Seramai 85 orang ditahan di seluruh Sabah bagi membantu siasatan pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu setakat ini.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Rang Undang-undang kesalahan keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA). 

Seramai 66 orang lagi ditahan kerana memasuki kawasan larangan setakat ini.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Misuari ugut Malaysia isytihar perang jika Agmibuddin dibunuh

Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :

”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.
 
“Ia semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui perana Sultan,” katanya.

“Untuk membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kayapun mengapa saya patut membiayai petualang pengikut Sultan ? Hanya kira-kira 200 orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu,” tambah beliau.

Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Katanya beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.

“Adalah tidak bertanggungjawab untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini.”

Pemimpin MNLF itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia pada pagi tadi. 
 

GUGURNYA PAHLAWAN SANG SAKA BIRU - YOUTUBE




PENGGUNA FACEBOOK - NASRU AHMAD MENGHINA SULTAN JOHOR

Dua laporan polis telah dibuat Kira-kira jam 3 petang, 8 Mac 2013, di IPD Johor Bahru Selatan oleh Ketua Kampung Kempas, Salim Daud dan Ketua Masyarakat Kg Senibong, Yaakob Shahdan berhubung kes Nasru Ahmad menghina Sultan Johor melalui FB nya.



kenyataan terbaru Nasru Ahmad




Akaun facebookblog beliau telah didelete

 Sebaiknya FB digunakan sebagai medan komunikasi yang positif dan bukan yang mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Fikirkanlah nasib anak2 dan isteri serta keluarga sebelum membuat sesuatu. Ia bukanlah medan terbaik untuk tindakan seperti ini.Sekali kenyataan dibuat, bersedialah untuk selanjutnya.