Keluarga Allahyarham Mohd Ramli mengambil
masa lebih dua jam menadah air untuk memandikan jenazah berikutan
tekanan air rendah bagi mempercepatkan proses pengebumian di
Kampung Atas Kok, Simpangan, Tumpat. - Foto Rohaiza Ab Rahman
Tekanan air rendah, khidmat lori tangki AKSB terhad punca waris bertindak
Tumpat:
Akibat tekanan air rendah, sebuah keluarga dari Kampung Atas Kok,
Simpangan di sini, terpaksa memecahkan meter paip dan menadah air selama
dua jam bagi memandikan jenazah, semalam.
Keluarga itu terpaksa berbuat demikian untuk mempercepatkan
proses pengebumian jenazah Mohd Ramli Awang Min, 58, yang meninggal
dunia pe-tang kelmarin, akibat serangan jantung.
Walaupun sudah meminta bantuan mendapatkan air
daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), syarikat itu gagal berbuat
demikian dengan alasan kemudahan lori tangki air terhad.
Gagal dapat bantuan AKSB Walaupun sudah
meminta bantuan mendapatkan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB),
syarikat itu gagal berbuat demikian dengan alasan kemudahan lori tangki
air terhad. Selepas menadah air dari jam 8 hingga 10 pagi,
jenazah dapat dimandikan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan
Bunohan, kira-kira jam 11.30 pagi. Anak Allahyarham Mohd Ramli,
Nor Amira, 21, berkata sepatutnya urusan pengebumian jenazah bapanya
boleh disempurnakan lebih awal, tetapi disebabkan masalah air, ia
terpaksa ditangguhkan.
Katanya, apabila mendapati tekanan air rendah sehingga
memberikan masalah untuk memandikan jenazah, saudaranya menghubungi AKSB
untuk meminta bantuan supaya dihantar bekalan air.
“Bagaimanapun, jawapan yang diberikan AKSB mengecewakan apabila
memberitahu lori tangki air adalah terhad yang menyebabkan mereka tidak
dapat menghantar bekalan air pada waktu itu,” katanya. Nor
Amira berkata, disebabkan tiada pilihan, keluarganya sepakat memecahkan
meter paip berhampiran rumah dan menadah air dengan baldi selama dua
jam, sebelum memandikan jenazah. “Saya kecewa dengan kejadian
seperti ini dan sepatutnya AKSB bertindak profesional dalam menangani
masalah ini. Mereka sepatutnya menyediakan perkhidmatan terbaik untuk
rakyat negeri ini," katanya. Nor Amira berkata, bagi
melancarkan urusan majlis tahlil arwah bapanya, dia bersama keluarga
terpaksa juga menadah air dari meter yang dipecahkan itu.
Katanya, lebih 1,000 penduduk di kampung itu berdepan masalah air sejak
lebih lima tahun lalu sehingga terpaksa menggunakan air dari tali air
yang keruh serta berbau lumpur. "Sehingga kini, tiga kes
berkaitan dengan urusan memandikan jenazah terpaksa ditangguhkan
sementara di kampung ini berikutan masalah air," katanya.