VIDEO DAN GAMBAR PEMBUNUHAN ZALIM TIADA KAITAN DENGAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN OP DAULAT
PDRM
ingin menegaskan sekali lagi bahawa video seorang lelaki dipotong jari
dan kemudian disembelih yang kini tersebar secara viral dalam youtube
dan media sosial adalah BUKAN anggota pasukan keselamatan Malaysia.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita
yang tidak tepat tersebut.
PDRM juga ingin menegaskan bahawa
gambar mayat yang telah hancur seperti dipaparkan oleh sebuah akhbar dan
mengaitkannya dengan anggota pasukan keselamatan dalam Op Daulat adalah
BUKAN mayat anggota polis yang berkaitan. Gambar seperti itu adalah
MUSTAHIL didapati oleh pihak media kerana tiada wartawan berada dalam
kawasan operasi semasa kejadian. Gambar seperti dipaparkan oleh akhbar
tersebut boleh mengganggu emosi dan situasi ahli keluarga dan sahabat
handai wira yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara.
No comments:
Post a Comment