Sunday, March 17, 2013

PENAFIAN DR ZAKIR NAIK BERHUBUNG ISU INSYA ALLAH


Soalan :
Tersebar dalam facebook seorang dai'e internasional menyatakan tulisan InshaAllah adalah salah. dan perlu ditulis In shaa Allah. Betulkah perkara ini ?
Jawapan :
Jika di Malaysia kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan / transliterasi Arab-Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.

Rujuk:http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya+allah

insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat

Di Malaysia kita sudah sedia maklum bila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya jika diizinkan Allah . Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini.

Wallahua'lam

Tambahan :
Di dalam kalimat arab ia akan menjadi satu masalah apabila ditulis : (إنشاء الله) - bermaksud mencipta Allah
Dan ia sepatutnya ditulis إن شاءالله - bermaksud -sekiranya dikehendaki Allah
(pernyataan dai'e internasional di atas sepatutnya merujuk dalam kalimat Arab yang ditulis dalam tulisan arab dan bukan tulisan rumi)
Dalam rumi kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna - Dengan Izin Allah.
Dr Zakir Naik yang kita kenali adalah seorang pendakwah terkenal antarabangsa yang berani berhujjah di kalangan non Muslim dan di tangannya ramai yang memeluk Islam. Namun begitu beliau bukanlah seorang yang diiktiraf sebagai ulamak untuk mengeluarkan hukum dan rujukan dalam perkara aqidah. Antara fatwa mengenai Dr Zakir Naik klik di sini.
Penafian dari Dr Zakir Naik mengenai isu Insha Allah ini  Sila klik gambar untuk besarkan:


kredit to jomfaham.blogspot

HEBATNYA LOTUS (ANAK SYARIKAT PROTON) : Raikkonen juara pertama 2013 Grand Prix Australia

MELBOURNE 17 Mac - Pelumba Lotus, Kimi Raikkonen muncul juara pada aksi pembukaan awal musim di Grand Prix Australia mengetepikan Fernando Alonso dari Ferrari di tempat kedua.

Tempat ketiga milik juara dunia tiga kali berturut-turut dari Red Bull, Sebastian Vettel selepas perlumbaan sengit di litar jalan raya di Melbourne.

Seorang pengganas ditembak mati di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang pengganas ditembak mati dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Kampung Tanjung Batu pada jam 10.15 pagi tadi.

Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, pertempuran antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas bermula jam 9.55 pagi tadi.

Pencerobohan Lahad Datu : Penceroboh bunuh diri dalam lokap

Semporna: Seorang lelaki disyaki pengganas Sulu yang ditahan dalam Ops Daulat, ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pagi kelmarin, dipercayai membunuh diri.
Lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 10 Mac lalu, dipercayai menjerut lehernya menggunakan baju lokap di pintu jeriji lokap sebelum melipat kedua belah kakinya ke atas. 

Suspek itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).