Tuesday, March 12, 2013

Senarai anggota keselamatan terkorban di Lahad Datu dan Semporna

KUALA LUMPUR 12 Mac - Berikut senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah: 

1 Mac 2013 - Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69 

1 Mac 2013 - Sarjan Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69 

2 Mac 2013 - Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.

2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

2 Mac 2013 - Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

2 Mac 2013 - Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

- BERNAMA

VIDEO : Temu bual Balu Sarjan Abd. Azis Sarikon

SILA KLIK  LINK INI   UNTUK MELIHAT VIDEO

Temu bual Balu Sarjan Abd. Azis Sarikon

VIDEO : Pencerobohan Pengganas Kumpulan Jamalul Kiram III di Sabah Bahagian 2

SILA KLIK  LINK INI UNTUK MELIHAT VIDEO

Pencerobohan Pengganas Kumpulan Jamalul Kiram III di Sabah Bahagian 2

VIDEO - Pencerobohan Pengganas Kumpulan Jamalul Kiram III di Sabah Bahagian 1

VIDEO Pencerobohan Pengganas Kumpulan Jamalul Kiram III di Sabah Bahagian 1

SILA KLIK LINK DI ATAS UTK MELIHAT VIDEO

TEMUBUAL EKSKLUSIF MANGSA CULIK PENGGANAS DARI SULU

 

Saksikan video temu bual dengan seorang penduduk yang menjadi mangsa culik pengganas dari Sulu di Utusan Online.

Klik di xtive.utusan.com.my untuk saksikan video tersebut







Mohd Lotfi Nor gelar polis di Lahad Datu sebagai anjing






Semalam, seorang lelaki yang hanya dikenali Mohd Lotfi Nor telah mengeluarkan kenyataan di akaun facebooknya dengan menggelar pasukan polis negara di Lahad Datu sebagai anjing yang boleh berubah-ubah. Korang boleh baca kenyataan lelaki ini di bawah. 





boleh klik sini untuk tengok FB dia

PERWIRA TERKORBAN DALAM PEPERANGAN DIANGGAP MATI SYAHID - MUFTI

Kota Bharu, 11 Mac - Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan penceroboh di Sabah dianggap sebagai mati syahid.

Beliau berkata tidak wajar mana-mana pihak yang masih mempersoalkan status kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air itu.

"Walaupun kematian anggota pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan pencerobohan itu tidak dianggap sebagai syahid dunia dan akhirat sebagaimana di zaman Nabi yang berperang antara orang Islam dengan bukan Islam, namun ia tetap dinamakan mati syahid juga kerana kematian mereka itu adalah untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohamad Shukri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diminta mengulas mengenai terdapat pihak yang mempersoalkan kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air dari pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Lahad Datu, Sabah.

"Mengikut sabda Nabi S.A.W sesiapa yang mempertahankan nyawa, harta daripada dirompak, kehormatan diri daripada dirogol atau mati dalam kemalangan misalnya ia juga dinamakan mati syahid dan wajib dikebumikan sebagaimana jenazah yang mati dalam keadaan biasa, iaitu dimandi, kafan dan disembahyangkan," katanya.

Beliau juga berkata tidak sepatutnya mana-mana pihak atau negara luar mempersoalkan hak Malaysia ke atas bumi Sabah sebagaimana termeterai dalam perjanjian.

"Sesiapa yang mempertikaikan isu itu seolah-olah mencabul kedaulatan negara kita dan ia perlu dipertahankan," katanya.

"Cuma, kalau adapun sesiapa yang ingin menuntut sesuatu hak itu tidak boleh kecuali melalui undang-undang kerana kita ada mahkamah dunia, pencerobohan itu sendiri adalah salah dari segi hukum agama.

"Begitu juga contohnya, jika ada orang bunuh anak kita, kita tidak boleh bunuh balik kerana kita kini ada undang-undang, mereka yang melakukan tindakan sendiri tanpa berpandukan kepada peraturan dan undang-undang disifatkan mengamalkan 'undang-undang rimba'," katanya.

Sejak krisis pencerobohan pengganas itu lima anggota polis cedera manakala lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA

Mayat panglima pengganas

Lahad Datu: Polis semalam, mengesahkan lelaki berpakaian jeneral yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Khamis lalu, adalah panglima perang kumpulan pengganas itu, dikenali sebagai Haji Musa atau Komander Musa.

Pengesahan dibuat Ketua Forensik Ops Daulat, Superintendan Hussein Omar Khan ketika ditemui di Hospital Lahad Datu, semalam. 

Jenazah Haji Musa adalah antara 16 mayat pengganas yang dibawa ke Hospital Lahad Datu, malam kelmarin, menggunakan dua trak polis.


Bekas komander MNLF

Haji Musa adalah bekas komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang diketuai Nur Misuari, serta pernah menjadi jeneral dalam Tentera Filipina. Dia mempunyai pengalaman berperang dalam Perang Vietnam.

Selepas bersara daripada tentera, Haji Musa tinggal di Simunul Tawi-Tawi dan memberi latihan di kem latihan tentera Sophia.

Di kem itu, Haji Musa merancang operasi dikenali Oplan Merdeka di bawah naungan Royal Sultanate Force (RSF) yang dipimpin Jamalul Kiram III. Salah satu perancangan Oplan Merdeka adalah menghantar pengganas secara berperingkat ke Sabah disertai warga tua, kanak-kanak dan wanita untuk mengaburi pihak keselamatan negara. 

Mereka turut mewujudkan unit khas dikenali Unit Komando Jabidah yang diketuai Jeneral Musa dan seorang lagi bernama Ernesto Sambas.

Difahamkan, mereka berdua mengetuai pencerobohan Lahad Datu pada 12 Februari 2013 dengan menaiki dua bot besar bersama 200 yang lain.

Haji Musa juga dikatakan orang kanan Agbimuddin Kiram, iaitu adik Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, selain mengiringi Agbimuddin berbincang dengan Polis Diraja Malaysia di FELDA Sahabat 17 selepas mereka mencerobohi Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu. 

Wira gugur lagi -

LAHAD DATU: Seorang anggota tentera berpangkat prebet terbunuh selepas terkena tembakan penembak tepat sekumpulan lima saki baki pengganas dalam pertempuran terbaru di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, pagi ini.

Dalam kejadian, kira-kira jam 10.45 pagi itu, prebet berkenaan dikenali sebagai Ahmad Hurairah Ismail, 24, bersama beberapa anggota lain dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkalan di Tawau sedang menjejak saki baki pengganas yang sebelum itu, pada kira-kira jam 7.45 pagi bertempur dengan mereka di Sungai Nyamuk. 

Mangsa yang cedera di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum diterbangkan ke Hospital Duchess Of Kent di Sandakan untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, dalam pertempuran kedua itu, pasukan keselamatan berjaya menembak mati tiga pengganas terbabit manakala dua lagi melarikan diri manakala seorang anggota keselamatan terkorban.

Katanya, anggota terbabit sebelum itu sedang melakukan kerja penggeledahan dan pembersihan di kawasan Sungai Nyamuk sebelum terserempak dengan saki baki pengganas terbabit.

"Saya sendiri melawat Kampung Tanduo dan kerja pembersihan sudah selesai dijalankan," katanya.
Difahamkan, jenazah Prebet Ahmad Hurairah dijangka diterbangkan ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan, malam ini. 

Adik Kiram bincang tamat pencerobohan

 












ESMAIL KIRAM (kiri) berdiri di sebelah Roxas di ibu pejabat polis di bandar Quezon, Manila, FIlipina semalam.


MANILA - Seorang adik pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Manuel Roxas II di ibu pejabat polis di pinggir bandar Quezon, utara Manila semalam.

Menurut akhbar dalam talian Inquirer.net, pertemuan antara Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik Jamalul Kiram dengan Roxas menunjukkan kesediaan keluarga Kiram untuk menamatkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Sebelum ini, para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu dan bertempur dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia.

Kumpulan pengikut itu mendakwa mereka menuntut tanah warisan nenek moyang Jamalul Kiram di Lahad Datu.

Pertemuan antara Esmail Kiram dengan Roxas itu membincangkan strategi untuk menamatkan krisis di Sabah.

Pendedahan tersebut dibuat pada sidang akhbar adik Jamalul Kiram itu yang disertai beberapa anggota keluarganya selepas pertemuan tersebut berlangsung.

Bagaimanapun, Esmail Kiram enggan mendedahkan butiran terperinci tentang pertemuan itu dengan menyatakan cadangan mereka untuk menamatkan krisis tersebut perlu diketahui oleh Presiden Filipin, Benigno Aquino III terlebih dahulu.

Menurutnya, beliau pernah diundang oleh kerajaan Malaysia untuk bercakap dengan adiknya, Azzimuddie Kiram dan membantu dalam rundingan tetapi usaha tersebut menjadi sia-sia.

Azzimuddie merupakan ketua pengganas Sulu di Sabah yang mengetuai serangan terhadap anggota-anggota keselamatan Malaysia.

"Tidak ada keperluan untuk saya pergi ke sana. Beliau (Azzimuddie) memberitahu saya, beliau tegas dengan keputusannya untuk berada di Sabah," kata Esmail Kiram.

"Saya bimbang akan berlaku sesuatu terhadap diri saya," tambahnya.

"Pilihan kedua yang ditawarkan kepada saya adalah untuk menghantar satu pihak ke Malaysia bagi memastikan keselamatan keluarga Kiram dan para pegawai pemerintah Filipina.

"Namun, saya terkejut kerana kerajaan Malaysia sehingga kini tidak memberikan sebarang reaksi," kata Esmail Kiram. 

"Ia bukan lagi menjadi kesalahan kami," tambahnya.
Menurutnya, jika beliau memujuk Azzimuddie untuk kembali ke Filipina dan meletakkan senjata, pujukan itu mungkin tidak didengari.

"Adalah sukar untuk menyuruhnya untuk pulang. Beliau pergi dengan kehendak sendiri," kata Esmail Kiram.

Beliau berkata, Azzimuddie tidak pernah memberitahunya tentang rancangan untuk ke Sabah.

"Beliau (Azzimuddie) berkata, tujuannya hanya untuk tinggal di sana kerana ia merupakan tanah kami dan mereka membawa senjata demi untuk keselamatan diri," katanya. 

Esmail Kiram juga memberitahu pemberita bahawa Jamalul Kiram melarang anak perempuannya, Jacel Kiram daripada bercakap kepada media tentang isu pencerobohan di Sabah.

Menurutnya, hanya Abraham Idjirani dibenarkan untuk memberikan kenyataan kepada media.

Beliau berkata, Jacel yang merupakan seorang wanita mungkin beremosi ketika membuat kenyataan.

Ketika ditanya tentang dakwaan kekejaman polis Malaysia terhadap imigran Filipina di Sabah, Esmail Kiram menyatakan, ia bukan perkara baharu dan layanan buruk tersebut berlaku sejak sebelum krisis di Sabah berlaku.

"Mereka telah melayan warga Filipina bukan sebagai manusia biasa.

"Apa yang mereka lakukan adalah tidak mengikut Islam dan perlakuan orang tidak percayakan Islam," tambahnya.

Sementara itu, ketika mengulas tentang pertemuan dengan Esmail Kiram, Roxas memberitahu, tiada imuniti ditawarkan kepada keluarga Kiram daripada tindakan undang-undang semasa mereka bertemu.

Menurutnya, pertemuan tersebut menumpukan tentang isu pengunduran para penceroboh tersebut. - Agensi


PR ada ‘angan-angan’ lebih lumayan untuk penjawat awam

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8pMEUmyP3Vq6B8R935OgwuftinNRrrw1YAB7ekkTScYa2BPt6TVtag7rgsBzq1quhm4TWm2immXPMT3O3VT9LPgBQ82EEm8uGmTRHrd2MSz1i9SLsVfuAPf0vplutUBnywjQS-29RFok/s1600/rafizi1.jpg


Susulan pengumuman sembilan perkara ‘berita baik’ sektor awam yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Pakatan Rakyat (PR) menegaskan ,pihaknya ada “tawaran lebih baik” untuk 1.4 juta anggota perkhidmatan awam.
 
Sehubungan itu kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, pihaknya tidak bimbang dengan pengumuman ‘lumayan’ diumumkan oleh perdana menteri semalam.
Malah katanya, kakitangan awam boleh membezakan antara tawaran PR dan Barisan Nasional, yang diketuai oleh Najib.

“PR ada tawaran yang lebih baik dan kami tidak bimbang, sebab penjawat awam boleh bezakan. Soalnya, jangan salah guna tempoh selepas mandat,” kata beliau.

Rafizi berkata demikian menerusi Twitter semalam mengulas pengumuman senarai sembilan perkara yang berkaitan skim saraan kakitangan awam termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Bagaimanapun beliau tidak memperincikkan butiran itu. PR melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 mereka akhir bulan lalu.

Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata, “orang-orang Umno meroyan. Tidak faham isu dia orang ini…. isunya kerajaan yang tidak ada mandat, salah guna untuk pancing undi, bukan soal kebajikan penjawat awam,” katanya lagi.

Semalam, Najib antara lain berkata kerajaan bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai ini.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion, katanya.

Najib berkata, semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).

Perdana Menteri juga berkata, berkuat kuasa 1 Januari lalu semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.

“Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

“Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara,” katanya.

Najib berkata, sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan.

Al Fatihah Buat 1163468 Pbt Mohd Hurairah

Al Fatihah : terkini dari lahad datu : seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban hari ini.

1163468 Pbt Mohd Hurairah
Al-Fatihah

 

SEORANG TENTERA GUGUR, TIGA PENGGANAS TERBUNUH DALAM PERTEMPURAN DI SG NYAMUK.

Lahad Datu, 12 Mac - Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. "Seorang anggota keselamatan gugur," katanya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Zulkifeli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. - BERNAMA

CUEPACS gesa penjawat awam hina ATM, PDRM letak jawatan

KUALA LUMPUR 12 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menggesa segelintir penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan melalui media sosial supaya segera meletakkan jawatan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sekiranya tidak mahu meletakkan jawatan, mereka yang berkenaan perlu menunjukkan surat tunjuk sebab segera kepada kerajaan.

"Mereka memang patut letak jawatan. Kalau nak bersuara, mereka perlu beri pandangan yang bernas dan menyokong usaha kerajaan, bukannya menghina sesiapa.

"Kalau betul mereka (penjawat awam) terbukti bertindak biadap menghina pasukan keselamatan yang berjuang di Lahad Datu, Sabah, mereka perlu diambil tindakan," katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Omar diminta mengulas tindakan segelintir kakitangan awam termasuk guru, polis dan anggota tentera yang menghina pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna melalui media sosial sama ada Facebook, Twitter dan blog.

Sementara itu, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip pula mendesak kakitangan kerajaan yang propembangkang agar menolak setiap ganjaran tambahan termasuk gaji baharu yang diberikan kerajaan.

Malah, mereka dinasihatkan berhenti daripada menjawat jawatan awam.

"Saya cabar mereka untuk tampil dengan beraninya dan menolak setiap ganjaran tambahan yang diumumkan kerajaan semalam termasuk gaji baharu,’’ katanya.

Tambah Muhammad Zahid, amat malang terdapat kakitangan kerajaan sendiri menentang kerajaan memerintah.

Mereka, katanya, amat bernasib baik kerana berada di Malaysia yang mempunyai pemerintah yang pemurah.

"Kakitangan kerajaan yang propembangkang boleh dikategorikan sebagai gunting dalam lipatan,’’ ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Update : Mutakhir Lahad Datu: Seorang lagi anggota keselamatan terbunuh

LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

terkini dari lahad datu: seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban hari ini. 1163468 Pbt Mohd Hurairah

 Photo: Al-Fatihah...allahyarham Pbt Mohd Hurairah


Al Fatihah : terkini dari lahad datu : seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban hari ini.

1163468 Pbt Mohd Hurairah
Al-Fatihah


sumber 

Johor DT : Retak menanti belah!

Petaling Jaya: Pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang ‘lebih sudu daripada kuah’ difahamkan menjadi punca kekecohan dalam bilik persalinan Johor Darul Takzim (DT) sejurus dibelasah Selangor 4-1 di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Menurut sumber, tindakan pegawai itu yang masuk ke dalam bilik persalinan dengan memaki hamun pemain berikutan kekalahan besar itu menjadi permulaan kepada insiden ‘panas’ itu walaupun ia bingkas dinafikan ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan, Fandi Ahmad. 

Sumber berkenaan mendakwa pemain yang kecewa selepas penat beraksi ditambah kekalahan besar yang diterima jelas hilang sabar dengan tindakan melulu pegawai berkenaan lalu meletus pertengkaran di kalangan pemain dan pegawai sebelum ia berjaya diredakan. 

Malaysia sentiasa pantau laporan media Filipina - Zahid

KUALA LUMPUR 12 Mac - Malaysia sentiasa memantau laporan media Filipina mengenai individu yang kemungkinan menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata laporan-laporan media yang dipantau ialah mengenai pendedahan penglibatan individu tertentu dalam kejadian itu.

"Pada hemat saya, banyak lagi bukti-bukti yang akan dikeluarkan oleh media Filipina dan ia akan dikeluarkan jika terbukti (laporan itu) kukuh oleh mereka.

"Saya tak mahu implikasikan pada mana-mana individu, biarlah media Filipina yang menyebutnya," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan Prestasi Kewangan Tahun 2012 Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata jika individu yang disebut media negara itu merasakan laporan media Filipina itu sebagai tidak benar, mereka boleh menyaman media berkenaan.
Sementara itu, beliau mengingatkan media Filipina agar tidak menulis laporan atau fakta tidak tepat berhubung kejadian di Lahad Datu kerana ia hanya akan mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.

"Saya harap mereka (media Filipina) lebih berhati-hati menulis fakta yang sebenar," kata Ahmad Zahid sambil sekali lagi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak menembak atau membunuh sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan penceroboh militan dari selatan Filipina itu.

Beliau memberi contoh sebuah portal berita Filipina yang memetik seorang rakyat Filipina sebagai mendakwa kononnya pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka.

Ditanya mengenai kawalan di perairan Sabah sekiranya Operasi Daulat ditamatkan, Ahmad Zahid berkata: “Seperti yang dinyatakan PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan mempunyai kem tetap di Lahad Datu.
"Kem ini menyerupai apa yang dilakukan di Sarawak dalam Markas Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom). Ia bukan sahaja akan libatkan Angkatan Tentera Malaysia, malah akan libatkan polis, Agensi Penguatkuasa Maritim dan Majlis Keselamatan Negara," katanya. - BERNAMA


artikel berkaitan klik sini

TUDM Kesal Atas Komen Mejar Khalid Hina Anggota Polis

Memetik siaran media yang dikeluarkan oleh Perhubungan Awam TUDM hari ini, berkata, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia amat kesal dengan catatan negatif yang telah dibuat oleh Mejar Khalid terhadap anggota polis yang terkorban di Lahad Datu, baru-baru ini.

TUDM dengan itu juga mengatakan bahawa komen Mejar berkenaan adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan etika sewajarnya sebagai tentera ATM dan TUDM khasnya.

Pihak TUDM juga telah menegaskan bahawa sebelum ini, arahan dan panduan penggunaan laman sosial telah dikeluarkan kepada seluruh warga TUDM.


TUDM kini sedang menyiasat secara terperinci dan akan mengambil tindakan susulan berpandukan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada.IMG-20130311-WA0047.

Pihak TUDM juga yakin bahawa insiden ini tidak akan menjejaskan hubungan kerjasama yang erat terjalin di antara dua badan keselamatan itu.

Pihak TUDM juga berharap insiden ini tidak akan menjejaskan moral dan semangat kesemua anggota keselamatan yang sedang bertugas di kawasan itu.

Pihak TUDM telah meminta mana-mana pengguna maya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan komen negatif yang disebarkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab melalui sebarang laman sosial.

sumber

Panas! Wikileak Dedah Rancangan Anwar-Nur Misuari




 

Satu komunikasi dari Embassy USA di Manilla ke State Department di Wahington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileak.

Dalam komunikasi tersebut adalah mengenai perkembangan terbaru mengenai Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkan ia bertanding untuk kerusi Gabenor Sulu.

wikileak (1)
Wikileak ini mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar Ibrahim dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkan dia kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada tahun 2002.
Dia juga masih menaruh harapan untuk ambil kemabli Sabah termauk perancangan untuk menakluki secara military.

Baca sepenuhnya petikan dari komunikasi sepenuh SINI yang mana tersebut rancangan menyerang Sabah dan hubungan kembali dengan Awnar:

——————— Dreaming of Sabah…? ———————
¶6. (C) MNLF Attorney Ombra Jainal described Misuari as a strong advocate for the recovery of Sabah from Malaysia and as still bitter toward Malaysia for arresting and turning him over to Philippine authorities in January 2002. Misuari once commented to MG Dolorfino that when the timing was right, “the MNLF could invade Sabah at 5 a.m. and control it by 7 a.m.” Misuari has also reportedly claimed that he personally

was a legitimate claimant to Sabah by virtue of his “royal blood,” and has blamed “Malaysia’s agents” for stirring up trouble in Sulu. 

¶7. (C) Self-proclaimed Sulu Sultan Fuad Kiram granted Misuari the hereditary rank of “Datu” (Royal Prince) of the Sultanate of Sulu and North Borneo (Sabah) at Misuari’s detention house on March 14. Kiram attended the March 18 MNLF Freedom Day Anniversary Celebration at Malik’s then-camp in Bitanag as guest of honor, where Malik called him the only “true and legitimate” Sultan of Sulu and Sabah, according to Kiram’s chief advisor, Omar Kiram. 

¶8. (C) MG Dolorfino commented that Malaysia is not only concerned about Misuari’s intentions toward Sabah, where Misuari apparently still has hundreds of followers, but also about his recent contacts with Malaysian opposition figure Anwar Ibrahim, described as an “old friend” of Misuari’s. Over the past several months, Malaysian officials have held at least three meetings with Misuari and/or Misuari’s wives,

according to Jainal and Dolorfino. During an April 10 meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in Malaysia’s domestic politics, Dolorfino said. According to Jainal, Misuari promised Badawi’s representative that he had no intention of getting involved in Malaysia’s internal affairs. 

¶9. (C) Dolorfino opined that Malaysia would likely seek stronger assurances that Misuari would not pursue the Sabah claim. He added that Malaysia had promised to facilitate an eventual power sharing agreement between the MNLF and Moro Islamic Liberation Front (MILF) after the GRP-MILF Peace Panels reached an ancestral domain agreement.

sumber 

Polis Malaysia Suruh Lari Sebelum Tembak

 



Agensi berita Filipina, Inquirer melaporkan Amira Taradji, 44, mendakwa polis Malaysia memaksa lelaki-lelaki warga Filipina berlari sekuat hati, sebelum menembak mereka ketika menyerbu kumpulan pengganas itu di Sandakan, Sabah. 

“Antara yang terbunuh dalam serbuan itu pada awal minggu ini adalah abang saya, Jumadil,” dakwanya kelmarin.

Taradji yang berasal dari Calinan, Davao City merupakan antara 400 rakyat Filipina yang melarikan diri dari Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak di Sabah ke Sulu ketika pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serbuan tersebut.

Wanita itu mendakwa serbuan itu sangat teruk buat rakyat Filipina dan kaum Suluk.

“Beberapa lelaki yang menunjukkan dokumen imigresen telah ditembak mati,” dakwanya, memetik cerita warga Filipina lain yang melarikan diri bersamanya dari Sabah.
Taradji mendakwa mereka yang ditangkap pula tidak diberi makanan.

Beliau yang tinggal di Sandakan sejak berumur enam tahun dan memiliki kad pengenalan MyKad Malaysia berkata, mereka meninggalkan rumah di Sandakan apabila serbuan polis bermula pada awal minggu ini.

Seorang lagi warga Filipina, Carla Manlaw, 47, berkata, kebimbangan tinggi terhadap polis Malaysia menyebabkan dia dan keluarganya melarikan diri ke Bongao, Tawi-Tawi.

Dia bersama 99 warga Filipina lain yang menaiki dua buah bot ditahan ketika memasuki perairan Filipina dari Sandakan.

“Ramai yang melarikan diri bersama saya bimbang ditahan polis Malaysia,” katanya.

sumber

baca juga artkel ini yer malaysia-sentiasa-pantau-laporan-media filipina

Polis sahkan 6 suspek ditahan di Kg. Bangau-bangau

SEMPORNA 12 Mac - Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit.

"Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat awam... jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu.
Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati rata-rata penduduk di kampung berkenaan mendakwa tidak pernah melihat kelibat enam lelaki terbabit di kampung berkenaan. - BERNAMA


Temu bual eksklusif mangsa culik pengganas dari Sulu ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Temu bual eksklusif mangsa culik pengganas dari Sulu ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Temu bual eksklusif mangsa culik pengganas dari Sulu

Temu bual eksklusif mangsa culik pengganas dari Sulu ~ Laman Xtive Utusan Malaysia


sumber

87 elaun dikaji semula

Putrajaya: Nasib kakitangan awam akan lebih terbela berikutan keputusan kerajaan mengkaji semula 87 elaun termasuk elaun bantuan sara hidup (COLA) serentak dengan penambahbaikan 22 skim perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata penambahbaikan itu dijangka siap sebelum hujung tahun ini dan diumumkan sama ada pada akhir November atau awal Disember ini. 

Syor skim perumahan khas
 


Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat cadangan kepada kerajaan mewujudkan skim perumahan khas kakitangan awam, terutama generasi muda.

Ramai penjawat awam yang mahu memiliki rumah di bandar besar tapi tidak kesampaian kerana kenaikan mendadak harga rumah. Kita akan lihat sama ada skim yang disyorkan ini boleh digabungkan dengan skim perumahan PR1MA. Kita juga akan tambah unit kuarters di tempat yang diperlukan, katanya.

Ali turut menolak tanggapan negatif bahawa insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah buah tangan pilihan raya kerana pelarasan gaji dan jawatan serta penambahbaikan perkhidmatan awam diumumkan setiap tahun.

Tarik minat jadi tentera
 
Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, percaya keserataan pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan perkhidmatan awam am akan menarik minat lebih ramai menyertai pasukan keselamatan.

Keserataan gred jawatan dan gaji ini adalah satu lonjakan drastik untuk ATM serta PDRM dan kita amat menghormati peranan mereka.

Saya percaya, inisiatif untuk kakitangan awam am lain juga berupaya menggerakkan mereka supaya lebih produktif, katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan kerana 22 isu berhubung kakitangan awam berjaya diselesaikan sejak lima tahun lalu. 

Lahad Datu : Detik cemas berdepan militan

 Detik cemas berdepan militan


 Sebahagian penduduk Kampung Tanjung Labian yang terperangkap selama seminggu mula keluar dari kampung berkenaan bagi menyelamatkan diri.


Lahad Datu: Sekumpulan wartawan dan jurugambar menempuh pengalaman mendebarkan apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, FELDA Sahabat dekat sini, semalam.

Lebih mencemaskan, lapan wartawan dari pelbagai media ‘dipaksa’ berlari bersama penduduk yang secara tiba-tiba keluar dari tempat persembunyian dan bertempiaran meninggalkan kampung itu.
Kejadian pada jam 10 pagi itu membabitkan wartawan dan jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), jurugambar The Star, New Straits Times serta jurukamera dan pemberita BERNAMA TV dan Al-Hijrah.


Lokasi lengang

Mengimbas kembali, wartawan BERNAMA, Mohd Hisham Abdul Rafar, berkata beliau bersama rakan mendapati perkampungan yang dikelilingi ladang kelapa sawit itu lengang dan suram.

Malah, mereka yang tiba dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan PROTON Saga juga menggambarkan penempatan itu seolah- olah ‘kampung berhantu’ kerana rumah tiada berpenghuni serta tidak berkunci dengan binatang ternakan berkeliaran.

“Seperti biasa, kami menjalankan tugas mencari berita dan merakam keadaan kampung.
Tiba-tiba sekumpulan penduduk bergegas keluar dari beberapa penjuru kampung, seolaholah lari dari sesuatu.

“Terkejut dengan keadaan itu, kami menahan seorang daripada mereka bagi bertanyakan apa yang berlaku dan dimaklumkan mereka bertindak demikian selepas mendengar empat das tembakan dilepaskan dari dalam kawasan itu,” katanya.

Menyedari keadaan itu boleh mengancam keselamatan, Mohd Hisham yang sebelum ini pernah mengikuti misi kemanusiaan ke Pakistan segera beredar dari lokasi terbabit bersama rakan media lain.

Lelaki bersenjata

Jurufoto The Star, Normimie Diun, 38, berkata situasi bertambah genting apabila beliau yang ketika itu berada dalam kenderaan terlihat seorang lelaki berpakaian serba hitam sambil memegang senjata berdiri berhampiran pokok kelapa sawit, kira-kira enam meter dari kedudukan mereka.

Cemas dengan keadaan itu, beliau dan rakan menundukkan kepala dan pemandu terus memecut meninggalkan kawasan itu. 


sumber

OP DAULAT: 54 penceroboh mati, 97 lagi ditahan

Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej. Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata, 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

“Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap,” katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.


Empat pemain Johor bakal sarung jersi JDT

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (JDT) mungkin mengambil empat pemain Johor yang beraksi dalam Liga Perdana untuk menyarung jersi pasukan itu menjelang jendela perpindahan pemain April ini seperti yang ditetapkan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Walaupun belum ada pengesahan dari pengendali skuad yang bergelar Harimau Selatan, Fandi Ahmad namun ada petanda kelibat kapten, Mohd Farid Ramli, Muhammad Nazr Ahmad, Jasazrin Jamaludin dan pemain import, Andre Francisco Da Silva bakal dinaik pangkat beraksi di kancah liga elit domestik dan akan memulakan latihan pertama, Khamis ini.
Manakala empat pemain Johor DT - Mohd Ezaidy Khadar, K Sathiya, Azmi Muslim dan Simone Del Nero akan beraksi untuk skuad Merah Biru dalam saingan Liga Perdana namun semuanya bergantung kepada keputusan pengurusan Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ).


Harap kemelut selesai

Difahamkan perpindahan pemain yang berkuatkuasa April ini yang dibenarkan oleh FAM membabitkan tiga pemain tempatan dan seorang pemain import dan jika proses itu berjalan lancar, sudah pasti kemelut yang melanda skuad Harimau Selatan tatkala buntu menguatkan benteng pertahanan akan selesai dengan kehadiran Mohd Farid dan Muhammad Nazri menguatkan posisi bek kiri dan kanan manakala Jasazrin akan menguatkan jentera tengah.

Ketika ini, skuad Harimau Selatan hanya bergantung kepada Irfan Abd Ghani dan sering menukar pemain mengisi posisi bek kanan sama ada menurunkan Tuah Iskandar atau Mohd Redzuan Nawi yang masih belum mempamerkan aksi konsisten sehingga mudah buat pasukan lawan memecah benteng pertahanan.

Persoalan sekarang, apakah Del Nero sanggup diturunkan pangkat dan tempatnya diambil alih oleh Andre Francisco namun selepas beberapa aksi yang dipamerkan oleh bekas pemain Lazio itu jelas tidak memiliki keistimewaan selaku pemain tengah berbahaya.
 
 

Penstrukturan gaji baharu

Najib Tun Razak diiringi Muhyiddin Yassin dan Dr. Ali Hamsa berjalan masuk ke dewan bagi menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA ) Ke-13 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. - Utusan/WAHIDAH ZAINAL


PUTRAJAYA 11 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).

Pelaksanaan SST, kata beliau, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Antara perubahan di bawah SST, kata Perdana Menteri adalah persetujuan kerajaan semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Perdana Menteri berkata, hal yang demikian diputuskan kerana sebanyak 182,434 penjawat awam berada di paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.

Kerajaan juga, kata Perdana Menteri, bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini.

''Ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,'' katanya ketika berucap sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Farida Mohd. Ali dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta menteri-menteri Kabinet.

MPPA XIII yang bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020' dihadiri hampir 8,700 penjawat awam dari pelbagai sektor dan agensi.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga bersetuju menyambung kontrak 50,000 pegawai kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini setahun lagi, sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan seramai 166,541 kakitangan dalam gred gaji 1 hingga 10 akan dinaik taraf ke gred setaraf kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Menurut beliau, perubahan itu akan memberi manfaat dari segi laluan kerjaya dan peningkatan sewajarnya dalam gred gaji kumpulan berkenaan. 

Perdana Menteri berkata, kenaikan pangkat kumpulan pelaksana pula akan dipendekkan berdasarkan tempoh perkhidmatan daripada 15 tahun kepada 13 tahun yang akan memberi manfaat kepada 17,000 penjawat yang layak.

''Kerajaan juga secara prinsip bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.

''Kesemuanya ini dalam menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang,'' katanya.

Menurut Najib, sebanyak 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirunding semula iaitu bagi skim perkhidmatan bakat, juruteknik, pegawai atau penolong pegawai dan pembantu galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.

Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri mahu penjawat awam menguasai teknologi agar mereka kekal relevan dengan peredaran semasa kerana kemahiran komunikasi baru perlu menjadi teras kepada tugas berhadapan dengan rakyat secara langsung.

''Kehidupan hari ini dipacu oleh kepantasan, ketepatan, ketelusan dan keluasan maklumat yang diterima.

''Justeru penjawat awam perlu bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat bersandarkan ketetapan tanpa melanggar peraturan agar sistem pentadbiran tidak dikompromi keabsahannya,'' katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya memelihara integriti bagi memastikan ketirisan wang atau maklumat yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam tidak berlaku.

Katanya, setiap tindakan dan keputusan penjawat awam hari ini diperhatikan, diperhalusi, diperiksa dan dianalisis serta dikritik.