Showing posts with label ops daulat. Show all posts
Showing posts with label ops daulat. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Mutakhir Kampung Tanduo kini bersih daripada pengganas


Lahad Datu: Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengisytiharkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh pada 12 Februari lalu, kini bersih daripada pengganas.

Sehubungan itu, operasi mencari dan menggeledah kini ditumpukan di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis, yang terletak kira-kira lima kilometer (km) dari Kampung Tanduo.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, bagaimanapun berkata pasukan keselamatan tidak membenarkan penduduk kembali ke Kampung Tanduo berikutan operasi masih dijalankan di kampung berdekatan.

"Kami belum pasti bila penduduk Kampung Tanduo akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya pada sidang media di Felda Sahabat 16 dekat sini, hari ini.

sumber

Sunday, March 10, 2013

TERBARU : POLIS SEMPORNA TAHAN 33 SUSPEK DIPERCAYAI TERLIBAT DENGAN PENGGANAS SULU

                                                     
Semporna, 10 Mac - Polis menahan 33 suspek yang dipercayai
terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan di kampung pinggir bakau di sini merupakan warga asing dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu untuk soal
siasat.

"Mereka dihantar ke IPD Lahad Datu untuk soal siasat kerana ia berkaitan dengan Op Daulat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi yang bermula pada 6.30 pagi dan berakhir pada 9 pagi memfokuskan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan turut menahan empat suspek wanita.

Katanya, kesemua suspek yang berusia 18 tahun ke atas itu, disiasat kerana dipercayai mempunyai kaitan dan melindungi pengganas Sulu.

Tinjauan Bernama ke lokasi operasi mendapati kira-kira 100 anggota polis dari IPD Semporna, VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am melakukan pemeriksaan ke setiap rumah bagi mencari dan mengesan suspek pengganas Sulu.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militan dilaporkan ditembak mati.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari kemudian. - BERNAMA
 SUMBER

Lindung pengganas: 44 warga asing ditahan di Semporna

SEMPORNA 10 Mac - Pasukan keselamatan menahan 44 warga asing termasuk empat wanita di Kampung Pinggir Bakau di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah berkata, kesemua mereka ditahan kerana dipercayai melindungi kegiatan pengganas Sulu. - UTUSAN 

sumber