Friday, March 15, 2013

RUMAH SEWA DI NUSAJAYA & GELANG PATAH



Berhari-hari aku cuba mencari rumah atau bilik yang boleh disewa di nusajaya dan Gelang Patah. Puas semua kat internet aku telek tapi masih hampa. Bila dah dapat cari...org lain plak yang masuk, sedangkan aku dah tempah. mungkin lambat sangat pegi jumpa. salah aku pun sebenarnya.

Susahnya nak cari rumah erk kat kawasan Nusajaya dan Gelang Patah ni. sewa bilik pun tak mati 200 keatas, itu pun kalau berbasib baik. kalau tak baik, ada yang sewakan RM 300. Macammana dengan orang yang bergaji kecil macam aku ni erk :-(  kesian kan.

Puas cari rumah kat internet, jumpa rumah untuk dijual di Perumahan Rakyat Lima Kedai, harga ok, tapi terbaca plak masalah kat flat tu. mcm tawar hati. tapi apa2 pun aku pegi tengok dulu. mudah2an dipermudahkan segalannya. Aku bermohon pada Mu Ya Allah, mudah2an semua urusan seharian ku dipermudahkan.

Aku mohon jugak kuarters kerajaan kat Taman Nusantara, jawapan dukacita sebab tak da kekosongan..... cari rumah kerajaan untuk disewa pun takda.tapi kalau ada kabel ok kot.uhuk...uhuk  :-) . setiap terjadi ada hikmahnya. aku terima dengan hati terbuka tapi sikit kecewa tetap ada.  :-(  sob..sob...sob..sedih

Beli rumah???????  pergh, harga kat kawasan ni, berlipat ganda betul. aku nak cuba rumah lelong kat Johor ni.....tahun 2013 punya banyak yang terlepas.bulan Januari aritu. aku dah baca banyak gak. Beli rumah lelong ( http://www.lelongbank.com/ ) ni pun bagus jugak. harga murah dari pasaran tapi jangan sampai bid terlebih harga dah. kena tau gak harga pasarannya.Jangan main angkat kipas tu jer...Boleh belajar.Boleh sewakan nanti.  ops..sendiri cari rumah sewa tak dapat2, ada hati nak sewakan...huhuhuhuhuhuhuhu.

nasib badan....sapa yang ada tau rumah sewa area ni atau area Pekan Nanas Pontian boleh la habaq kat aku. kesian kat aku ni.rumah oh rumah...kat mana la yang kosong ni. kalau ada tuan2 rumah yang baik ati.....bagi la aku sewa.pasti dijaga dgn sebaiknya.InsyaAllah.


Singapura bakal miliki jet tempur F-35 AS

Singapura: Singapura berada dalam tahap akhir menilai jet tempur F-35 Amerika Syarikat untuk menaik taraf tentera udaranya. Jadi, Singapura tentu akan segera membuat tempahan berpuluh-puluh jet yang berdepan masalah lebihan kos dan kelewatan penghantaran, kata sumber.

Singapura, hab perniagaan dan perkapalan dengan tentera paling lengkap di Asia Tenggara, dijangka menyerahkan surat permohonan tidak lama lagi untuk mendapatkan F-35 Joint Strike Fighter, kata dua pegawai Amerika mengenai perkara ini. 

Republik itu akan memulakan proses minggu ini untuk membeli pesawat yang dibina Lockheed Martin Corp itu, kata seorang pegawai. Pratt & Whitney, satu unit dalam United Technologies Corp, membina enjin untuk F-35. 

Selasa lalu, menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen, berkata tentera udara mengenal pasti F-35 sebagai pesawat paling sesuai untuk usaha memodenkan armada perang. 

“Pesawat F-5 milik kami menghampiri tahap akhir operasi dan F-16 dalam fasa pertengahan. Kita kini dalam tahap akhir menilai F-35,” katanya di Parlimen. 

Ng tidak memberikan tarikh tetapi berkata kementerian pertahanan akan berpuas hati jika jet pejuang itu menepati keperluan jangka panjang, memulakan operasi, dan paling penting ia berkesan dari segi kos. 

Tentera Udara Singapura kini memiliki 24 F-15SG, 20 F-16C dan 40 F-16D, 28 F-5S dan sembilan F-5T, menurut Institut Kajian Strategik Antarabangsa. Ia juga memiliki 19 helikopter tempur AH-64D Apache.

Singapura yang ada 5.3 juta penduduk itu bercadang membelanjakan S$12.3 bilion (RM30.6 bilion) bagi tujuan pertahanan pada tahun kewangan 2013 bermula April ini, peningkatan 4.3 peratus daripada tahun sebelumnya.

Lahad Datu : Bedil sarang pengganas


Bedil sarang pengganas
» Kampung Sungai Nyamuk dihujani mortar

» Dua kampung air di Semporna digempur


Lahad Datu: Pasukan keselamatan pagi semalam mula membedil lokasi persembunyian pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, FELDA Sahabat 22 dekat sini, menggunakan mortar.

Bedilan bertalu-talu itu bertujuan memaksa saki baki pengganas keluar dari tempat persembunyian mereka.

Kampung Sungai Nyamuk kini menjadi sasaran pasukan keselamatan selepas pertempuran dengan kumpulan pengganas di kampung itu, Selasa lalu, mengorbankan Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pihaknya menyerang lokasi spesifik yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas

di kampung itu selepas mereka melarikan diri dari Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.
“Kita melancarkan serangan mortar dulu sebelum melakukan operasi mencari dan menggeledah.

“Bagaimanapun, sejak petang semalam (kelmarin) tiada pertempuran dengan pengganas.

Penembak tepat

“Kita percaya mereka masih bersembunyi di kampung itu,” katanya pada sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.

Allahyarham Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur dengan lima pengganas Sulu di kawasan ladang kelapa sawit di kampung itu pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu.

Beliau yang ditugaskan sebagai ‘pointer’ iaitu anggota tentera paling depan dalam kumpulannya untuk menjejaki musuh, dipercayai ditembak penembak tepat musuh.

Allahyarham dari Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Tawau, Sabah dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan gugur di tempat kejadian. Dua pengganas berjaya dibunuh pasukan keselamatan dalam pertempuran itu.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini memperkecil kawasan kepungan di Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu, selain meneruskan operasi mencari dan menggeledah di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Tanjung Labian.

Polis Malaysia Suruh Lari Sebelum Tembak

 



Agensi berita Filipina, Inquirer melaporkan Amira Taradji, 44, mendakwa polis Malaysia memaksa lelaki-lelaki warga Filipina berlari sekuat hati, sebelum menembak mereka ketika menyerbu kumpulan pengganas itu di Sandakan, Sabah. 

“Antara yang terbunuh dalam serbuan itu pada awal minggu ini adalah abang saya, Jumadil,” dakwanya kelmarin.

Taradji yang berasal dari Calinan, Davao City merupakan antara 400 rakyat Filipina yang melarikan diri dari Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak di Sabah ke Sulu ketika pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serbuan tersebut.

Wanita itu mendakwa serbuan itu sangat teruk buat rakyat Filipina dan kaum Suluk.

“Beberapa lelaki yang menunjukkan dokumen imigresen telah ditembak mati,” dakwanya, memetik cerita warga Filipina lain yang melarikan diri bersamanya dari Sabah.
Taradji mendakwa mereka yang ditangkap pula tidak diberi makanan.

Beliau yang tinggal di Sandakan sejak berumur enam tahun dan memiliki kad pengenalan MyKad Malaysia berkata, mereka meninggalkan rumah di Sandakan apabila serbuan polis bermula pada awal minggu ini.

Seorang lagi warga Filipina, Carla Manlaw, 47, berkata, kebimbangan tinggi terhadap polis Malaysia menyebabkan dia dan keluarganya melarikan diri ke Bongao, Tawi-Tawi.

Dia bersama 99 warga Filipina lain yang menaiki dua buah bot ditahan ketika memasuki perairan Filipina dari Sandakan.

“Ramai yang melarikan diri bersama saya bimbang ditahan polis Malaysia,” katanya.

sumber

baca juga artkel ini yer malaysia-sentiasa-pantau-laporan-media filipina

50 SEN TANDA KOMANDO KITA DAH SAMPAI RUMAH KIRAM


Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari Jarak Dekat
Mau terkencing Kiram bila tengok budak ni pegang Syiling 50 Sen Malaysia..
hahahahahhaha
Teringat aku masa Komando kita letak setem Malaysia di Kompleks Pertahanan Udara Singapura 
Di Bukit batok..
 
 
kredit to keris putera
 

MESTI BACA : PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA

Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook  dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.

Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.

"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan dan kaedah menjawab soalan untuk dihafal. Antara pengisian utama modul, cara untuk menyakinkan pelanggan agar  akhirnya bersetuju mendedahkan tiga nombor kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor itu saya temui di restoran mamak.

"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.

Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.

"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik. Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.

Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis menggunakan perakam suara jenis Sony.

"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard. Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar. Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319 ..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard mereka," jelas Elis.

"Kemudian?," celah saya.

Ternyata wanita itu amat petah berkomunikasi.

"Kemudian kita cakap, baiklah encik, sekarang saya ingin mengesahkan nombor kad kredit visa encik. Katalah 6080-0978-0800, bolehkah encik tolong bacakan tiga nombor di belakang kad, bersebelahan tandatangan? Sebenarnya ramai tidak mengetahui itu security code bank. Kami sengaja bertanya walhal selalunya kami memang mempunyai maklumat itu tersenarai," katanya.

"Kalau sudah memiliki nombor kad kredit dan security code mengapakah awak harus bertanya kepada pemilik kad?," tanya saya keraguan.

"Itu memang syarat ditetapkan oleh agensi. Sebelum itu saya terangkan kepada dia, skim insuran ditawarkan mengenakan bayaran RM399 untuk setahun. Apapun, ayat terakhir setiap telemarketer lebih kurang sama sahaja, jadi encik bersetuju kami akan cajkan RM399 ke akaun kad kredit encik? Penolakan amaun itu akan bermula pada awal bulan hadapan dan kami kemudian akan menghantarkan sijil insuran kepada encik. Kami mesti menunggu sehingga dia berkata, saya bersetuju atau ok terlebih dahulu, sebelum nombor kad kredit dan security code digunakan untuk tujuan pembayaran. Biarpun pada awalnya kami memaklumkan dia penolakan bermula pada bulan hadapan, sebenarnya kami akan caj kad kredit dia, pada hari sama. Setiap telemarketer dimestikan membuat minimum dua sale sehari. Setiap pemilik kad bersetuju dengan transaksi terbabit, telemarketer meraih komisyen RM100 manakala syarikat mengaut keuntungan berbekalkan modal air liur, RM299," ujar Elis.

"Sebenarnya wujudkah hubungan di antara agensi, bank serta syarikat insuran itu? Sijil insuran itu datang dari mana pula?," tanya saya sekaligus.

"Tidak! Itu semua penipuan! Sijil dijanjikan kepada mangsa dicetak sendiri di pejabat. Bertujuan mengelakkan pemilik kad datang menyerang, kami sedaya-upaya cuba untuk tidak akan memberikan alamat lengkap kepada mereka. Manakala nombor telefon digunakan oleh telemarketer bukan nombor talian tetap tetapi nombor telefon bimbit seperti 019, 017, 014 atau private number," jelas Elis. 

Kata Elis, purata bil telefon bulanan mencecah RM10,000 namun itu hanya sekelumit berbanding jumlah keuntungan diperolehi oleh pengusaha agensi.
Tambah bekas pekerja agensi penipuan itu, majoriti mangsa mereka, pengguna baru kad kredit atau kad debit.

Elis bekerja di antara jam 10 pagi dan 6 petang setiap hari dan diberikan senarai ratusan data perbankan pemilik kad untuk dihubungi.

"Semua individu kami telefon itu tidak semestinya memberikan layanan baik. Kebanyakkannya kami  attack pengguna kad kredit baru kerana mereka tidak begitu arif mengenai transaksi kad kredit jauh sekali  kegiatan sindiket penipuan. Tambahan pula barangkali sebilangan bank gagal memperingatkan pelanggan agar tidak mendedahkan security code kad kredit atau debit melalui panggilan telefon. Beberapa individu kami hubungi, acapkali melontarkan soalan, kalau benar awak daripada bank, mengapakah perlu bertanya dan mendapatkan security code kad kredit saya? Kami akan balas dengan kenyataan, kami ingin membuat pengesahan, betulkah encik pemegang sah kad kredit itu? Itu trick digunakan," responnya.

Menurut Elis, pengusaha agensi penipuan sebegitu meraih keuntungan ribuan ringgit setiap sehari. Tidak hairan jika mereka hidup senang-lenang dan memandu kereta mewah. Agensi terbabit lazimnya hanya beroperasi kurang setahun di pejabat sama sebelum berpindah ke lokasi lain dan sekaligus menukar nombor telefon untuk menjalankan kegiatan sama.

Di bawah, gambar bekas pejabat Elis. 


Kini pejabat di tingkat satu dan dua terbabit telah ditinggalkan.

"Tingkat dua tempat telemarketer beroperasi manakala tingkat satu bekas pejabat kakitangan pentadbiran termasuk bos.  Tiada papan tanda syarikat dipaparkan dan selalunya semua tingkap ditutupi tirai. Pejabat tempat saya bekerja dahulu, pernah diserbu oleh kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sewaktu kejadian itu telemarketer diarahkan keluar dari pejabat. Ada sekali, wakil syarikat insuran datang ke pejabat secara mengejut. Mungkin berikutan terdapat aduan mengatakan agensi kami menggunakan nama syarikat itu secara tidak sah untuk memperdayakan orang ramai," katanya.

"Semasa awak bekerja, berapakah jumlah sale sehari?," soal saya.

"Satu atau dua sale sahaja SEBULAN sebab saya bekerja sebagai kerani pengurusan dan cuma sesekali diarahkan bertugas sebagai telemarketer.  Pekerja lain? Mereka memang seronok. Contohnya, andai telemarketer mampu menipu purata enam orang pemegang kad kredit baru, pendapatan harian mereka mencecah RM600  Kalau telemarketer tidak membuat sale langsung, mereka akan dibuang kerja. Kaedah digunakan oleh agensi, mudah. Bayar sahaja gaji pokok telemarketer tidak perform separuh atau jangan membayar langsung. Maka pekerja itu tidak akan mampu bertahan dan dengan sendirinya terpaksa berhenti," kongsi wanita itu.

Gaji pokok telemarketer, di antara RM800 dan RM1,500 sebulan dan majoriti pekerja, wanita.

"Adakah selama waktu bekerja, awak tahu agensi terbabit menipu ramai orang?," tanya saya lagi tanpa jemu.

"Saya tahu, sebab itu saya tidak suka membuat sale. Saya juga pernah berbual bersama kawan, bekerja sebagai marketer. Dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Saya bertanya kepada dia, sampai bilakah awak hendak memberikan anak makan duit hasil penipuan?," balasnya.

Saya kemudian mengemukakan soalan berikut.

"Pernah terdengar rungutan di kalangan telemarketer? Mungkin mereka tertekan kerana terpaksa membuat terlalu banyak panggilan sehari?"

"Pernah! Namun kakitangan pihak pengurusan amat bijak memainkan peranan mereka. Untuk mengalihkan pandangan dan  tumpuan telemarketer, mereka mengajak kami makan dan berkata, hari ini awak semua  tidak perlu membuat panggilan, kita semua boleh berehat. Mereka juga membuat pekerja gembira  menggunakan elemen kejutan. Baiklah, minggu ini kita akan pergi melancong ke Melaka! Semua kos dibiayai sepenuhnya oleh agensi. Di samping itu, pakej insentif berkumpulan juga ditawarkan kepada telemarketer. Contohnya, jika sale mencecah sasaran, 60 sehari, pakej pelancongan lebih istimewa ditawarkan kepada mereka. Bagaimanapun melalui pengalaman saya, purata tempoh telemarketer bekerja di agensi itu hanya di antara lima dan enam bulan sahaja," kata Elis. 

"Adakah semua telemarketer menyedari mereka bekerja di agensi menipu orang ramai?," soal saya.

"Tidak semua. Saya lebih banyak tahu kerana bekerja sebagai kerani pengurusan tetapi itupun atas tujuan mencari rezeki, terpaksalah. Telemarketer tidak tahu langsung berhubung keuntungan ditangguk oleh agensi apatah lagi status nama bank dan syarikat insuran mereka gunakan untuk memperdaya pemegang kad kredit dan debit sewaktu menjalankan tugas. Pihak pengurusan terlebih dahulu memaklum dan menyakinkan telemarketer, operasi dijalankan itu kononnya sah dan dokumen peribadi pemilik kad dibekalkan oleh pihak bank," ujar Elis.

Tambah Elis, kebanyakkan telemarketer, pemegang diploma dan ijazah. Justeru mereka mampu berkomunikasi dalam dwi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris tatkala berkomunikasi dengan bakal mangsa.

"Kalau betul betul bekerja berbekalkan mulut manis, daya pujuk dan telinga tebal, mereka boleh meraih pendapatan bulanan di antara RM3,000 dan RM4,000. Andai kata bakal mangsa marah, telemarketer harus bersikap sabar kerana kakitangan pengurusan berkata, penjawab panggilan bukan berada di hadapan awak. Jadi, mengapakah awak harus berasa takut? Semua bertugas di pejabat agensi sama dilatih untuk menjawab pelbagai soalan dilontarkan oleh pemegang kad kredit dan debit, kekadang dihubungi berulang kali menggunakan teknik dicetak sebagai panduan. Adakalanya bakal mangsa bertindak bijak. Mereka memberikan alasan kononnya sedang bermesyuarat dan meminta untuk dihubungi kemudian dan selepas itu tidak akan melayan panggilan kami. Hanya mereka bersikap lalai sahaja terpedaya," kongsi Elis.

Jika kini tiba-tiba dihubungi telemarketer, apakah respon awak? Soalan itu saya lontarkan kepada wanita hanya meminum teh 'O' ais limau ketika saya temui.

"Saya pernah bekerja seperti kamu sebelum ini dan kamu tidak perlu menipu saya sebab kamu cuma ingin mendapatkan security code tiga digit itu, kan? Terima kasih," balasnya yakin.

Elis turut membawa saya ke lokasi agensi dipercayai masih beroperasi.


"Berikan saya tiga bank seringkali data peribadi pelanggan mereka diperolehi oleh agensi secara mudah," soal saya dengan debaran.

"M....., R..... dan C.... Itu bank paling popular dan mangsa sebelum ini, ramai pelanggan institusi kewangan terbabit," responnya tanpa kelihatan teragak-agak.

"Soalan terakhir, adakah senarai nama dan maklumat perbankan peribadi individu menjadi mangsa atau tidak, dibekalkan oleh kakitangan syarikat telekomunikasi  atau ...?," tanya saya.

Memang saya membiarkan soalan itu tergantung.

"Sekali, saya dan kakitangan pengurusan agensi pernah bertemu dengan lelaki mendakwa kakitangan bank. Kami bertemu di restoran mamak. Dia menyerahkan senarai kira-kira 200 nama, lengkap beserta data peribadi perbankan pelanggan dalam bentuk  pen drive. Setiap satu data dijual dengan harga di antara RM1 dan RM1.50. Apapun pastinya bukan semua kakitangan institusi perbankan terbabit," jelas Elis.

"Wow! Semurah itu?

Saya terkejut.

"Ya dan lazimnya dalam tempoh dua minggu, secara rutin agensi akan membeli senarai data lain pula, dibekalkan individu sama atau berbeza. Melalui pengalaman, saya boleh mengesahkan, syarikat telekomunikasi tidak terbabit dalam sindiket penipuan ini," balasnya.
Klik di sini, untuk melihat bukti dokumen diperolehi oleh agensi.

NOTA 

Perkataan 'telemarketer' dalam entri ini secara spesifik HANYA merujuk kepada pekerja di bekas agensi Elis pernah bertugas sekaligus BUKAN ditujukan kepada SEMUA telemarketer di seluruh negara.

Justeru telemarketer laintidak terbabit dengan kegiatan penipuan, usah terasa mahupun melenting.
SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI FACEBOOK, BLOG DAN TWITTER UNTUK MEMPERTINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT AGAR TIDAK KERUGIAN AKIBAT DIPERDAYA.

Cerita Kelakar-Baby Tengah Menari


Penceroboh, dalang rancang serang ketika PRU-13

LAHAD DATU 14 Mac - Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.
"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.

Tiga wanita, bayi maut dalam kemalangan

KUALA LIPIS 15 Mac - Tiga wanita dan seorang bayi perempuan berusia setahun maut apabila kereta Honda City yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di KM17, Jalan Lipis-Merepoh, dekat sini awal pagi ini.

Dua lagi wanita termasuk pemandu yang berada dalam kereta yang sama mengalami kecederaan parah dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 12.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki lima wanita dan bayi perempuan terbabit yang datang dari arah Gua Musang, Kelantan dipercayai hilang kawalan semasa tiba di tempat kejadian.

"Kereta itu kemudiannya memasuki lorong sebelah kanan lalu bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.

"Mereka yang terbunuh ialah Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, 1, dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai "Yanti", 20-an.

"Identiti pemandu kereta dan seorang lagi rakannya yang cedera parah belum dikenal pasti dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," kata Abdul Razak kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu bas ekspres tersebut dan kesemua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, semua mereka yang mati dan cedera mempunyai hubungan kekeluargaan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN

Ops Daulat: Seorang Lelaki Miliki Pedang Samurai, Parang Ditahan

LAHAD DATU: Seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Tanjung Labian awal pagi Khamis setelah didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lelaki itu yang menunggang motosikal dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika ditahan, sebelum pemeriksaan mendapati bungkusan yang dibawa mengandungi senjata berkenaan.

Katanya lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat.

"Siasatan adalah untuk ketahui latar belakang lelaki tersebut," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini Khamis.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada lelaki itu warga tempatan atau rakyat asing.

Dalam pada itu Ismail berkata tiada sebarang pertempuran berlaku di dalam kawasan Operasi Daulat di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dalam tempoh 24 jam lepas.

Bagaimanapun katanya pasukan keselamatan masih meneruskan operasi menjejaki saki-baki pengganas di kedua-dua kawasan berkenaan selain meningkatkan sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.

Beliau berkata pasukan forensik juga sedang mengumpul profil Deoxyribonucleic acid (DNA) dan cap jari 26 mayat pengganas untuk mengenal pasti identiti mereka.

Berhubung penahanan dua bot yang dinaiki 35 warga Filipina yang dipercayai pengikut Jamalul Kiram di perairan Tawi-Tawi semalam, Ismail berkata pihaknya masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Filipina.

Media Filipina pada Rabu melaporkan unit peronda Tentera Laut Filipina menahan 35 orang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah sekitar jam 6.30 pagi, dan beberapa unit senjata serta bahan letupan turut dirampas dari bot berkenaan.

Ismail sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat selain meminta semua pihak memberi kerjasama yang baik bagi menjamin kejayaan operasi itu. 

Singapura bakal miliki jet tempur F-35 AS

Singapura: Singapura berada dalam tahap akhir menilai jet tempur F-35 Amerika Syarikat untuk menaik taraf tentera udaranya. Jadi, Singapura tentu akan segera membuat tempahan berpuluh-puluh jet yang berdepan masalah lebihan kos dan kelewatan penghantaran, kata sumber.

Singapura, hab perniagaan dan perkapalan dengan tentera paling lengkap di Asia Tenggara, dijangka menyerahkan surat permohonan tidak lama lagi untuk mendapatkan F-35 Joint Strike Fighter, kata dua pegawai Amerika mengenai perkara ini. 

Republik itu akan memulakan proses minggu ini untuk membeli pesawat yang dibina Lockheed Martin Corp itu, kata seorang pegawai. Pratt & Whitney, satu unit dalam United Technologies Corp, membina enjin untuk F-35. 

Selasa lalu, menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen, berkata tentera udara mengenal pasti F-35 sebagai pesawat paling sesuai untuk usaha memodenkan armada perang. 

“Pesawat F-5 milik kami menghampiri tahap akhir operasi dan F-16 dalam fasa pertengahan. Kita kini dalam tahap akhir menilai F-35,” katanya di Parlimen. 

Ng tidak memberikan tarikh tetapi berkata kementerian pertahanan akan berpuas hati jika jet pejuang itu menepati keperluan jangka panjang, memulakan operasi, dan paling penting ia berkesan dari segi kos. 

Tentera Udara Singapura kini memiliki 24 F-15SG, 20 F-16C dan 40 F-16D, 28 F-5S dan sembilan F-5T, menurut Institut Kajian Strategik Antarabangsa. Ia juga memiliki 19 helikopter tempur AH-64D Apache.

Singapura yang ada 5.3 juta penduduk itu bercadang membelanjakan S$12.3 bilion (RM30.6 bilion) bagi tujuan pertahanan pada tahun kewangan 2013 bermula April ini, peningkatan 4.3 peratus daripada tahun sebelumnya.