Wednesday, March 13, 2013

Strategi COMMAND & CONQUER Di Sabah Tidak Menjadi !!


Mungkin ramai yang tidak sedar Malaysia sebenarnya bukan saja berdepan dengan pencerobohan lanun Sulu di Lahad Datu tetapi sedang berdepan dengan satu gerakan tersusun yang cukup berbahaya bukan saja kepada negara tetapi juga kepada rakyat serta masa depan generasi selepas ini.

Ketika negara sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya kita tiba-tiba di kejutkan dengan berita pencerobohan di Lahad Datu.Pada ketika itu tak ramai yang melihat insiden ini sebagai insiden besar yang mampu mengorbankan nyawa.

Sedar atau tidak kumpulan penceroboh yang mengaku mereka sebagai tentera Sultan Sulu itu sebenarnya cukup ganas dan kemasukan mereka ke Lahad Datu bukan dilakukan dengan sengaja.Mereka menceroboh setelah melakukan satu persiapan rapi dan mendapat bantuan dari apa yang MMI labelkan sebagai tangan-tangan ghaib.

Istilah tangan ghaib ini MMI berikan kerana keterlibatan pihak-pihak tertentu dan ianya hampir pasti berlaku cumanya kerana siasatan masih dijalankan maka agak sukar untuk MMI memberikan ulasan kerana dibimbangi mampu merencatkan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Namun pasti ramai yang sudah pun mengetahui bagaimana pengganas yang mengaku sebagai tentera Sulu ini mempunyai kelengkapan perang tersendiri dan ianya memerlukan satu perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan senjata-senjata tersebut.

Sultan Sulu sendiri sebenarnya tidak mempunyai keupayaan kewangan sebanyak itu dan mengapa dalam soal ini mereka mampu menceroboh dengan keupayaan yang mencecah jutaan ringgit ? Baca Sini 


Lihat juga bagaimana badan perisikan Filipina pernah mendedahkan tentang keterlibatan pihak pembangkang dari Malaysia yang pernah dan terlibat secara langsung dengan mereka-mereka yang digelar sebagai pemberontak di Filipina.Baca Sini 

Selain dari itu jangan lupa juga tentang satu kejadian paling aneh apabila sebuah kapal perang dari Amerika Syarikat bernama USS Guardian tersangkut di laut Sulu.Baca Sini 

Perlu diingat sudah ada laporan menyatakan NGO dari Malaysia menyalurkan dana kepada pengganas Sulu !! Baca Sini 

Jika melihat dan mengkaji segala yang berlaku itu ianya jelas mempunyai kaitan diantara satu sama lain.

Apa yang MMI boleh katakan disebalik apa yang berlaku ianya merupakan satu operasi terancang melibatkan pihak-pihak bernama besar dan ianya sebenarnya merupakan satu operasi "Command & Conquer" yang telah mengkambing hitamkan Sultak Kiram 3 dan penyokong-penyokongnya.

Pasukan penceroboh Sulu yang mendarat di Lahad Datu sebenarnya dibantu oleh pelbagai pihak sama ada dari dalam dan juga luar negara.Mereka-mereka ini licik mengatur strategi dengan tujuan untuk menghuru-harakan Malaysia.Harapannya mudah keadaan kelam kabut yang dicetuskan oleh pengganas Sulu ini adalah pelan pertama mengkucar-kacirkan keadaan dan apabila ianya tidak dapat dikawal maka kuasa asing akan diminta segera membantu melalui badan-badan sah di peringkat antarabangsa.

Sebenarnya ianya telah pun digerakkan apabila media-media pro pembangkang saban waktu cuba mewujudkan suasana tidak selesa dengan apa yang berlaku di Lahad Datu.Keupayaan pasukan keselamatan negara turut di pertikaikan dan tahukah anda bahawa sudah ada pihak-pihak tertentu telah pun memohon supaya UN campur tangan.Baca Sini dan Sini.

Adakah anda semua boleh bayangkan apa akan berlaku sekiranya apa yang MMI catatkan diatas menjadi kenyataan ? Malaysia bakal berdepan dengan satu konflik keselamatan dan ianya akan menyebabkan segala perancangan membawa Malaysia mencapai wawasan 2020 terbantut.

Dalam masa yang sama kedudukan ekonomi negara akan terjejas apabila pelabur-pelabur luar mengambil langkah berhati-hati untuk meneruskan pelaburan di Malaysia.

Begitu juga dengan suasana politik negara , pembangkang akan terus memanipulasikan suasana di setiap penjuru negara melalui kempen-kempen ceramah politik mereka dan sudah pasti media pro pembangkang akan menjadi medium utama meracuni pemikiran rakyat supaya menolak kerajaan Barisan Nasional seterusnya merampas kuasa dengan bantuan pihak-pihak luar.

Semua itu hampir pasti dilakukan kerana Anwar tahu pilihanraya umum ke13 pembangkang sudah pasti kecundang kerana gerak kerja UMNO dan Barisan Nasional kini sudah jauh meninggalkan pasukan pembangkang.

Rakyat sudah sedar dan tahu bahawa siapa sebenarnya yang harus mereka pilih dalam pilihanraya nanti dan kerana itulah Anwar dan pasukannya perlu mencari jalan bagi merosakkan reputasi kerajaan dengan menyokong serta menimbulkan huru-hara.

Jangan lupa semua Anwar juga pernah ke Selatan Thailand dan berjumpa dengan kumpulan pemisah di sana.Tahukah anda apa tujuan beliau berbuat demikian ? 

Bolehkah anda bayangkan apa akan berlaku sekiranya huru-hara ini berlaku serentak di Semenanjung dan Sabah ?

MMI menulis berdasarkan apa yang berlaku dan terkini kerana apa yang berlaku mempunyai kaitan tersendiri dan terpulanglah kepada diri masing-masing sama ada percaya atau pun tidak.Sekurang-kurangnya MMI berpesan kepada diri sendiri dan juga anda semua bahawa insiden di Lahad Datu bukan saja berkisar kepada serangan penceroboh tentera Sulu yang kononnya menuntut hak mereka tetapi ianya lebih dari itu.

Seperkara lagi yang harus diingat Anwar pernah berjumpa dengan Ketua pemberontak di Filipina dan atas dasar apa seorang ketua pembangkang dalam parlimen Malaysia berbuat demikian ?

Mungkin ada sesetengah pembaca mengatakan MMI merepek tetapi fikirkan sesuatu bagaimana pula sekiranya apa yang dicatatkan diatas benar-benar berlaku ?

Apa yang boleh MMI katakan adalah tentera Sulu yang menceroboh Lahad Datu merupakan kambing hitam kepada satu gerakan terancang yang lebih besar dan mereka sebenarnya sedang menantikan masa yang sesuai.

Namun syukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya kerajaan Malaysia berjaya menghidu gerakan terancang ini dan berjaya mengawal situasi di Lahad Datu dengan penuh iltizam dan berdedikasi.

Kita redha dengan tiap titisan darah para perajurit negara namun untuk menyerah kepada mereka yang telah mencemarkan kedaulatan negara tidak sekali.

Tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri kerana tegas dalam insiden Lahad Datu.MENYERAH KALAH ATAU MATI DALAM PERTEMPURAN sarat dengan mesej bukan saja kepada pengganas di Lahad Datu tetapi juga kepada sesiapa jua sama ada dalam dan luar negara yang cuba-cuba untuk mengganggu-gugat kedaulatan negara.Baca Sini 

MMI yakin rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang kepimpinan negara kerana Malaysia adalah tanah tumpah darah kita bersama.

Seperkara yang perlu kita tahu adalah strategi Command & Conquer di Sabah tidak menjadi !!
 

Ragu bendera PKR, jurutera lapor polis



Seorang jurutera yang pernah berkhidmat selama 11 tahun di Amerika Syarikat dan kini kembali ke tanah air, membuat laporan polis berhubung keraguannya terhadap bendera PKR yang didakwanya mempunyai persamaan dengan mata wang sebuah negara luar.

Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah, 41, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Saya minta supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan makna logo yang mempunyai warna biru, putih, merah dalam bendera itu dan siapakah nama orang yang mencipta bendera dan logo Parti Keadilan (PKR) ini,” katanya kepada pemberita.

Katanya beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada pemimpin PKR di sebalik penciptaan logo dan warna di dalam bendera parti terbabit sejak empat tahun lalu, namun gagal.

Mohamad Ridhwan Batumalai yang mempunyai pengalaman dalam bidang minyak, gas dan pentadbiran korporat berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat sekiranya Anwar enggan menjelaskan perkara berkenaan.

“Sekiranya Anwar tidak dapat memberi penjelasan, rakyat tidak seharusnya mengundi parti pembangkang itu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya mengenai keputusannya membuat laporan polis demi kepentingan negara dan bukan atas paksaan mana-mana pihak.
“Sebagai seorang mualaf, saya tidak boleh melihat umat Nabi Muhammad SAW berpecah belah kerana Nabi Muhammad tidak suka umatnya berpecah belah,” katanya.

Mutakhir Kami hormati keputusan Sabah sertai Malaysia: Pengerusi MNLF


JOHOR BAHRU: Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengiktiraf dan menghormati keputusan rakyat Sabah menyertai Malaysia pada 1963, kata pengerusinya, Muslimin Sema.
Beliau berkata, rakyat Sabah berhak menentukan masa depan mereka dengan menyertai Malaysia 50 tahun lalu dan hak ini tidak boleh dipertikai mana-mana pihak. 

"Kami (MNLF) akur dengan kehendak rakyat Sabah untuk menentukan nasib mereka sendiri. Mereka sudah membuat keputusan untuk menyertai Malaysia dan kami menghormati keputusan mereka, itulah pendirian kami," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila, hari ini.

Muslimin, yang juga Naib Datuk Bandar Cotabato City di selatan Filipina, berkata dalam kunjungannya ke Sabah pada 1973, beliau melihat sendiri kebahagiaan yang dinikmati rakyat negeri itu setelah menyertai Malaysia.
 
"Mereka membuat keputusan dan kami menerima keputusan mereka itu," kata Muslimin sambil menjelaskan bahawa beliau mempunyai ramai saudara mara di Sabah, yang setia kepada negara mereka, Malaysia, dan menjalani kehidupan dengan penuh sejahtera.
- BERNAMA

Terkini Dari Lahat Datu: 12 kereta perisai berantai tiba esok bagi membantu Ops Daulat



Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata sekurang-kurangnya 12 kereta perisai berantai (MBT) PT-91M akan tiba dalam tempoh beberapa hari bagi meningkatkan kekuatan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

Kereta kebal ini mempunyai kuasa tembak daripada meriam Smoothbore 2A46MS berkaliber 125 milimeter buatan Slovakia dengan peningkatan ketepatan tembakan sehingga 23 peratus berbanding meriam asal. Ia mampu memusnahkan semua jenis kereta kebal yang ada di dunia pada hari ini sehingga jarak lima kilometer.

Kegagahan PT-91M bukan hanya terletak pada meriam utamanya tetapi turut disokong dengan sistem navigasi SIGMA 30 dan blok armor reaktif ERAWA-2 pada bahagian hadapan, bumbung dan sisi hadapan. Ia bertujuan mengurangkan impak hentaman daripada sistem peluru berpandu anti-armor dan juga perobek armor.

Katanya, disamping kereta kebal pendekar ini,beberapa unit helikopter dari Unit Udara Tentera Darat juga akan tiba esok. 

"Langkah menambah aset ini adalah untuk memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kita mampu menewaskan musuh," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. 
 

MENGAPAKAH SALIH YAACOB HARUS MENGUNDURKAN DIRI DARIPADA BIDANG SENI?

 














Rasanya, ramai sudah mengetahui berhubung kenyataan pelawak popular, Salih Yaacob membuat keputusan bersara daripada dunia seni.

Salih juga menyerahkan nasibnya sebagai penyampai radio kepada pihak pengurusan  syarikat penyiaran terbabit.

Utusan Malaysia melaporkan,  Salih berkata ...

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat"

Melihat kenyataan dikeluarkan, seperti ada sesuatu tidak kena. Masakan Salih tidak mengetahui isi terperinci skrip DITUTURKANNYA dan tujuan rakaman video menggunakan hanya satu kamera itu.  Tidakkah dia bertanya kepada kru produksi, di manakah rakaman terbabit akan disiarkan?

Tentunya bukan di slot drama televisyen atau panggung wayang.

Lebih membuatkan saya berasa keliru, mengapakah hanya Salih paling  banyak dimaki-hamun berbanding pelakon lain?







Jika ditonton dua klip video di atas, ramai lagi pelakon terkenal Malaysia terbabit menjayakan rakaman  video kini disiarkan di secara meluas di blog dan  You Tube.

Antara pelakon dikenal pasti, Adlin Aman Ramlee, Raja Azura, Nabil Raja Lawak dan Harith Iskandar.

Pihak pembangkang dilaporkan berhasrat memboikot stesyen radio Sinar FM kerana Salih bertugas di stesyen itu. 

Gentarkah Sinar FM? Bilangan pengundi berdaftar pada tahun 2013, berjumlah lebih 13 juta orang dan bukan semua mereka penyokong parti pembangkang.

Jika diperhatikan sebelum ini penyanyi tersohor, Aishah, pelakon, Abby Abadi dan Hairie Othman  berceramah di pentas parti pembangkang. Mereka secara terang-terangan menghentam sebilangan pemimpin kerajaan. Video klip di atas hanya memaparkan sindiran sinis, tidak menamakan parti atau mengutuk pemimpin Pakatan Rakyat secara terus. Majoriti rakyat Malaysia tidak menunjukkan kebencian terlampau kepada mereka. Bukankah tindakan mereka itu digelar kebebasan bersuara?
Hakikatnya, artis juga pengundi, justeru mereka berhak menyokong parti dirasakan sesuai untuk memerintah negara. 

Menongkah arus tidak bererti mereka bersalah.
Jika bagi pandangan penyokong parti pembangkang, skrip diungkapkan oleh pelakon di dalam klip video itu bercanggah dengan undang-undang, buat sahaja laporan polis. Manalah tahu andai  tindakan mereka itu  boleh disabitkan mengikut Kanun Keseksaan dan mahkamah kemudian mengarahkan klip video itu dilarang untuk disiarkan.

Jika tidak, cuba perbetulkan kenyataan didakwa 'salah'  menggunakan media sosial.  
Bukan memaki-hamun bertali arus.  

BONGKAR - Amerika Tebabit Operasi Sulit Serang Sabah!!! Fuhhhh, Bahaya Situasi Ni.

 
"Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
 
"Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer)," lapor laman itu lagi.
Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.
Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

"The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,"

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

"There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),"

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah. -Sumber FB

A.S kata, anda fikirkanlah logik yang ada.

A.S tak suruh korang pembaca telan bulat-bulat andaian dan kajian ini namun tak mustahil ada kewajarannya.

Namun yang penting, kita rakyat Malaysia harus bersatu-padu untuk mempertahankan kedaulatan negara kita dan letak tepi soal politik dulu..

Selepas PM Mengadap YDP Agong, Menteri-menteri Pula Ke Putrajaya Esok?!

 


Di sini ada dua berita sebenarnya, Ini berita yang WA terima tadi, WA rasa ramai jugak yang dah terbaca twitter dari Berita Harian ni...
KUALA LUMPUR: Twitter Berita Harian dengan sepotong gambar menunjukkan kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Istana  Negara telah mencetus khabar angin bahawa Parlimen akan dibubar hari ini.
Berita Harian memuat naik mesej Twitter : “Kelihatan kenderaan rasmi Perdana Menteri keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.”
 
Mesej itu dimuat naik pada 11.29 pagi tadi.
 
Sejurus kemudian, akaun Twitter Berita Harian dihujani berdozen-dozen mesej respons, kebanyakannya membuat spekulasi tentang pembubaran Parlimen.
 
Bagaimanapun, seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri memberitahu ABN News ia adalah satu kebiasaan bagi Perdana Menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet diadakan.
 
Artikel penuh Disini

TERKINI!!! KONVOI KENDERAAN DATUK SERI NAJIB RAZAK DILIHAT KELUAR DARI ISTANA NEGARA!!!

KELIHATAN kenderaan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.

Dikhabarkan Konvoi PM keluar dari Istana Negara dalam pukul 11.45 Pagi tadi. Adakah berita 'yang ditunggu-tunggu' akan diumumkan?

Sama-sama kita nantikannya... 

ABIM beri Anugerah ‘Sayyidatina Khadijah’ kepada Wan Azizah

 
KUALA LUMPUR 13 Mac - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) baru-baru ini telah memberikan Anugerah Khas ‘Sayyidatina Khadijah’ kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil bersempena Himpunan Helwa Kebangsaan 2013 yang berlangsung di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Februari lalu.

Menurut laman web rasmi ABIM (www.abim.org.my), anugerah tersebut diberikan “atas keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan."

Laman web itu menyebut, ABIM turut memberikan Anugerah Khas ‘Sayyidatina Aishah’ kepada bekas pensyarah Jabatan Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga bekas Ketua Helwa ABIM, Allahyarhamah Profesor Dr. Khadijah Salleh.

Sementara itu portal berita rasmi PKR, Keadilan Daily berkata, majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah serta beberapa pemimpin PKR lain.

ABIM hari ini memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Berhad bagi menuntut ganti rugi RM10 juta atas dakwaan syarikat akhbar itu memfitnah pertubuhan bukan kerajaan itu.

Saman itu difailkan oleh Presidennya, Amidi Abdul Manan kerana mendakwa artikel bertarikh 8 Februari lalu di muka surat 11 akhbar tersebut bertajuk “Pas benarkan tarian lucah, ABIM hina isteri Rasulullah?" memfitnah pertubuhan itu.

Artikel melalui ruangan “Suara Blog" itu menyiarkan laporan sebuah blog yang membidas ABIM kerana memberikan anugerah menggunakan nama isteri Rasulullah itu kepada isteri seorang pembangkang yang sebelum ini terpalit dengan beberapa isu moral. - UTUSAN ONLINE


VIDEO : PENDEDAHAN EKSKLUSIF ZULKIFLI NORDIN : STRATEGI ANWAR MENJELANG PILIHANRAYA


Pendedahan YB Datul Zulkifli Noordin, bekas peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung strategi dan tindakan yang sedang dan akan dirancang oleh Anwar Ibrahim dan orang-orang kanannya menjelang PRU ke 13.

Cerita selanjutnya,klik DI SINI

Terkini Lahad Datu:Azzimudie Kiram Masih Bersembunyi di Kg Tanjung Batu

Kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasuki kawasan perkampungan bagi memburu saki baki pengganas Sulu selepas sembilan hari Ops Daulat dilancarkan di Lahad Datu pada Rabu


LAHAD DATU: Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.

"Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.

Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.


Selepas sembilan hari Operasi Daulat, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu telah dibawa keluar dari zon merah. Seramai 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasimanakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.

Sehingga kini 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang daripada anggota tentera itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku.

Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.



Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti. "Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka. "Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.

Mengenai kemalangan yang menyebabkan seorang anggota tentera terbunuh, Hamza berkata kenderaan tentera tiga tan itu yang menyertai konvoi dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu untuk Operasi Daulat terbabas di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku pada 7.30 pagi, Selasa

Kejadian menyebabkan pengiring kenderaan iaitu Kpl Ahmad Farhan Ruslan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu cedera.

Lahad Datu Terkini:Tentera Filipina Pintas 35 Pengganas Sulu Bersenjata

Tentera Laut Filipina merampas senjata api dan peluru dari 35 orang yang disyaki pengikut kesultanan Sulu, seorang daripadanya wanita, ketika memintas mereka di perairan sekitar Pulau Andolingan di Tawi-Tawi pagi ini.

Jurucakap Tentera Laut Lt-Komander Gregory Fabic berkata kapal peronda BRP Mariano Alvarez dan kapal meriam BRP Jose Andrada memintas dua buah bot di barat Pulau Andolingan sekitar jam 6.30 pagi.

Fabic berkata laporan awal menunjukkan sebuah daripada bot tersebut sedang menuju ke Sabah.

Suspek dijangka tiba di Batobato, Tawi-Tawi untuk siasatan.

Terdapat laporan mengenai orang Tausug sedang menuju keluar untuk membantu pengikut kesultanan Sulu di Sabah sejak pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia tercetus awal bulan ini.

Filipina dan Malaysia telah menjalankan kawalan di laut untuk menghalang pengikut kesultanan itu menyertai yang lainnya di Sabah.

Sebelum kejadian ini, pihak berkuasa Filipina berkata mereka juga telah memintas 70 pengikut kesultanan yang sedang menuju ke Sabah.

Di samping itu, ratusan rakyat Filipina dari Sabah telah tiba di selatan Filipina.
 

OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA 13 MAC 2013 JAM 10.30 PAGI



OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA 13 MAC 2013 JAM 10.30 PAGI


SANGGUPKAH AYAH MELIHAT ANAKNYA DILAKNAT ALLAH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT?

Ayah antara insan cukup mengenali sifat dan sikap anak, zuriat dibesarkannya. 

LAZIMNYA ayah menyiasat pada kadar segera dakwaan anak terlebih dahulu sebelum menyokong tindakannya.

LAZIMNYA ayah tidak perlu mengambil masa selama kira-kira 5 tahun untuk mencungkil  kebenaran. Tambahan pula, mengenai dakwaan anak sendiri.

LAZIMNYA ayah tidak sanggup merestui tindakan anaknya melafazkan sumpah laknat tanpa mengetahui fakta sebenar mengapa sumpah itu perlu  dilakukan.


Mengapa?

LAZIMNYA ayah tidak sanggup melihat anaknya dilaknat oleh Allah di dunia dan di akhirat JIKA anaknya bersumpah untuk memfitnah individu tertentu.

Jika pembaca, seorang insan bergelar AYAH, sanggupkah membiarkan anak kelak sengsara?
 

MACAM-MACAM MANUSIA : BERGAYA, PETAH BERKATA, KENALANNYA BEBERAPA INDIVIDU TERNAMA TETAPI ...

Petang tadi, saya bersama sahabat, bekas pengacara dan penerbit TV3, berada di lobi hotel di Kuala Lumpur.

Sahabat saya itu, pelakon, Haji Omar Abdullah.

Sewaktu keluar dan berdiri berhampiran pintu masuk utama hotel terbabit, saya terlihat Omar sedang berbual rancak bersama lelaki tidak saya kenali.

"Mungkin ini kawan Omar," bisik hati kecil saya.

Mereka terus berbual.

"Ayah saya, Selamat telah meninggal dunia," kata lelaki terbabit.

"Selamat mana?," soal Omar.

"Takkan tidak kenal Selamat?," balas lelaki cukup petah bercakap itu.

Omar mempunyai ramai kenalan, jadi dia menganggap mungkin terlupa individu bernama Selamat.

Lelaki itu berbaju kemeja, di sebelah kiri dicetak logo 1 Malaysia. Jika dilihat dari segi penampilan, dia kelihatan bergaya dan yakin dengan setiap kenyataan dilontarkan. 

Beberapa minit kemudian Omar melangkah masuk ke coffe house hotel untuk makan malam ala buffet. Lelaki bertubuh kurus tinggi itu mengekorinya dan kemudian duduk makan bersama. Saya menyusul kemudian dan duduk di meja sama, di kerusi bertentangan lelaki tanpa identiti itu. 

"Saya memang tahu perancangan Tunku Mahkota Johor. Berita terkini, baginda akan membeli pemain bola sepak, Tores untuk menyertai pasukan bola sepak Negeri Johor," ujarnya selamba.

"Akmal kalau pandai main bola, boleh dibeli juga," tambahnya.

Terlintas di hati, andai dia mengenali,  masakan saya dipanggil Akmal. Majoriti kenalan memanggil saya Mazidul. Dari gaya percakapannya, timbul prasangka lalu saya bertindak mendiamkan diri.

Menurut Omar, ketika berbual sebelum itu, lelaki terbabit mendakwa memiliki production house dan rakan kongsinya, berstatus menteri.

Selesai makan, saya bertemu Omar kembali tanpa lelaki itu.

"Tadi dia berkata, kononnya sudah berbincang bersama rakan kongsi dia dan bersetuju memberikan saya peluang berlakon 25 scene dalam satu drama terbitan syarikat mereka dengan kadar bayaran RM150 untuk satu scene," kata Omar.

Saya mendengar.

"Beberapa minit kemudian, saya bertanya kepada dia, mengapakah tidak balik lagi? Katanya, kereta dia jauh sebab kehabisan minyak. Itulah, katanya, hendak bagi tahu kehabisan wang, segan. Dia kemudian meminta saya duit, kononnya untuk mengisi minyak kereta. Selepas itu katanya, tadi  dia memang lapar lalu mengikut saya makan," jelas Omar.

Pada usia di awal 60 an, Omar tentunya  sudah masak dengan kaedah penipuan conman. Selepas makan dia selamba keluar tanpa menjelaskan bil makanan dan minuman di hotel terbabit. 

"Saya beritahu dia, saya tidak membawa wang tunai, hanya menggunakan kad kredit. Nanti saya tanya Mazidul, mungkin dia membawa wang lebih," ujar Omar.

Apabial ditanya rakan di hotel sama, dia mengatakan lelaki itu telah menghilangkan diri. 

Hairan, dia mendakwa mempunyai production house, amat mengenali Tunku Mahkota Johor, dan beberapa individu ternama, masakan dia tidak mempunyai wang tunai RM10 untuk mengisi minyak kereta.

Barangkali dia terlupa fakta, Omar adalah bekas penerbit kedua program dikenali ramai disiarkan oleh TV3, 999.