LAHAD DATU 14 Mac - Pengganas Sulu yang
menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan
perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan
sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu
mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi
menjadikan negara kucar-kacir.
"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.
"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi
lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di
sini hari ini.
Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.
No comments:
Post a Comment