KUALA LIPIS 15 Mac - Tiga wanita dan seorang bayi perempuan berusia
setahun maut apabila kereta Honda City yang mereka naiki bertembung
dengan sebuah bas ekspres di KM17, Jalan Lipis-Merepoh, dekat sini awal
pagi ini.
Dua lagi wanita termasuk pemandu yang berada dalam kereta yang sama
mengalami kecederaan parah dalam kemalangan yang berlaku pada pukul
12.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata,
hasil siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki lima wanita dan bayi
perempuan terbabit yang datang dari arah Gua Musang, Kelantan
dipercayai hilang kawalan semasa tiba di tempat kejadian.
"Kereta itu kemudiannya memasuki lorong sebelah kanan lalu
bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalan dari Kuala Lumpur
menghala ke Kelantan.
"Mereka yang terbunuh ialah Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che
Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, 1, dan seorang warga Indonesia
dikenali sebagai "Yanti", 20-an.
"Identiti pemandu kereta dan seorang lagi rakannya yang cedera parah
belum dikenal pasti dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah
Temerloh," kata Abdul Razak kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, pemandu bas ekspres tersebut dan kesemua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, semua mereka yang mati dan cedera mempunyai hubungan
kekeluargaan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan
Jalan 1987. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment