Thursday, March 14, 2013

Bapa maut, anak tujuh tahun cedera parah nahas jalan raya

KUANTAN: Seorang lelaki yang dalam perjalanan menghantar anak lelakinya ke sekolah, maut selepas motosikal yang dinaiki dua beranak itu bergesel dengan sebuah lori di Kilometer 0.5, Jalan Bentong-Karak, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Fairuz Izzuan Mohd Baharuddin, 33, yang tinggal di Taman Saga, Bentong, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal Modenas Karisma itu dari arah Bentong menghala ke Karak, hilang kawalan sebelum bergesel di bahagian belakang sebuah lori.

"Selepas bergesel, mangsa dan anak lelakinya itu terjatuh, mangsa mati di tempat kejadian, manakala anaknya cedera parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi.

Anak mangsa berusia tujuh tahun (nama belum dikenapasti) kini dirawat di Hospital Bentong.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment