kadang2 bila aku ingat pasti aku gelak sendiri. begini ceritanya .....
Situasi bersama suami
ada satu ketika tu...anak aku demam, so aku dengan suami pun pergilah ke Klinik Nge Parit Raja. Setelah menunggu giliran, dah jumpa Dr Nge, dan dah bayar.... aku terus menuju ke kereta. (suami menunggu dalam kereta, sebab ada anak lagi seorang bersamanya)
Bila sampai kereta, aku pun buka pintu kereta, bila dah buka pintu dan letak beg tangan, teringat plak aku belum amik ubat sebenarnya. aku terus tutup pintu tanpa beritahu suami yang aku nak masuk klinik. so aku pun pg amik ubat. dah amik ubat, aku terus keluar klinik. bila keluar, kereta takda, terdetik plak " ish, mana pulak abg ni pergi, telefon dah la dalam kereta" .
Situasi suami pula ,
Bila dengar pintu dah ditutup, terus jalan tanpa banyak cakap. bila dah lepas traffic light Parit Raja, dia tanya aku macammana, dia takda plak dengar aku jawab, tanya lagi sekali,bila aku tak jawab, dia tengok belakang, takda sapa pun. apa lagi, masa tu mmg pecah perut dia sbbnya dia tinggalkan aku kat klinik.
Bila dia sampai, aku dah menunggu sambil senyum sendiri, dia pun dah pecah perut. mmg jadi bahan ketawa jerla bila ingat. Nak marah pun tak jadi sbb masa tu mmg kelakar giler.
p/s : lain kali nak buat apa2 bagitau,kang tak pasal2 kena tinggal.
Monday, October 7, 2013
Saturday, April 27, 2013
JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI JOHOR
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI JOHOR
Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan Johor, dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Takzim untuk mengisi kekosongan jawatan. sila layari link berikut :
http://spaj.johordt.gov.my/v1/ - SURUHANJAYA PERKHIMATAN AWAM
http://spaj.johordt.gov.my/v1/pdf/iklan2013-1.pdf - IKLAN JAWATAN KOSONG
http://spaj.johordt.gov.my/v1/BORANG/indexs.html - ISI BORANG ONLINE
SEMOGA BERJAYA...... :-)
Wednesday, April 3, 2013
VIDEO SIARAN LANGSUNG PEMBUBARAN PARLIMEN DI SINI. JOM TENGOK....
VIDEO TERKINI : PRIME MINISTER DISSOLVES PARLIAMENT (ANNOUNCEMENT SPEECH)(PART 1)
TAK DAPAT BUKA?????????..... CUBA KLIK INI PULA
http://www.myundi.com.my/video.aspx
TAK DAPAT BUKA?????????..... CUBA KLIK INI PULA
http://www.myundi.com.my/video.aspx
JADI BUAT RAKYAT MALAYSIA....BUATLAH PILIHAN YANG TERBAIK. BERTINDAKLAH DENGAN WARAS. BAGI PENYOKONG-PENYOKONG TEGAR...JAGALAH TINGKAHLAKU ANDA SEMUA. :-)
Sunday, March 24, 2013
Monday, March 18, 2013
Ustaz Azhar Idrus: “Islam Dan Kristian Bertuhankan Allah?”
29 01 2013
I do not really understand the above conversation but I was shocked to read the part written by Ustaz Azhar Idrus saying:
“Islam dan Kristian bertuhankan Allah…Isa adalah Nabi umat Kristian dan Nabi umat Islam..”
When Ustaz Azhar wrote that both Islam and Christian worship Allah; does he mean that both Islam and Christian share the same god that is Allah?
That statement is totally wrong and it is an example of Pluralism of Religion.
Christian’s god is not Allah; Muslims and Christian do not share the same god.
Is Ustaz Azhar confused because Lim Guan Eng suggested the Christians to use the word “Allah” in the Malay version of bible to refer to the Christian’s god or gods? (Please read: PAS Says, “Yes” For The Word “Allah” In The Malay Version Bible)
Ustaz Azhar always says that UMNO is really bad because UMNO do not fight for Islam and Muslims must not vote for UMNO. (Pease read: Ustaz Azhar Idrus, A PAS Candidate for PRU 13?)
So now if this screenshot is real, who are the better Muslims?
That is why the Christians in Malaysia are not allowed to call their god Allah as what the Pakatan Rakyat wanted because some people may get confused. (Please watch: Video: Naser Disa Polemik Isu Kalimah Allah)
And the Pakatan Rakyat supporters are always confused; please read: Himpunan KL112′s Most Popular Photo.
Or does he really believe that both Islam and Christian worship Allah?
What will PAS leaders say about this as Ustaz Azhar is PAS’s favourite religious speaker?
Can we trust PAS and Pakatan Rakyat to take care of our country?
*Please read: ‘Azhar Idrus Mesti Bersumpah’ by Paneh Miang*
sumber : ahmadalikarim
Pecah meter paip mandi jenazah
Tekanan air rendah, khidmat lori tangki AKSB terhad punca waris bertindak
Tumpat: Akibat tekanan air rendah, sebuah keluarga dari Kampung Atas Kok, Simpangan di sini, terpaksa memecahkan meter paip dan menadah air selama dua jam bagi memandikan jenazah, semalam.
Tumpat: Akibat tekanan air rendah, sebuah keluarga dari Kampung Atas Kok, Simpangan di sini, terpaksa memecahkan meter paip dan menadah air selama dua jam bagi memandikan jenazah, semalam.
Keluarga itu terpaksa berbuat demikian untuk mempercepatkan
proses pengebumian jenazah Mohd Ramli Awang Min, 58, yang meninggal
dunia pe-tang kelmarin, akibat serangan jantung.
Walaupun sudah meminta bantuan mendapatkan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), syarikat itu gagal berbuat demikian dengan alasan kemudahan lori tangki air terhad.
Gagal dapat bantuan AKSB
Walaupun sudah meminta bantuan mendapatkan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), syarikat itu gagal berbuat demikian dengan alasan kemudahan lori tangki air terhad.
Selepas menadah air dari jam 8 hingga 10 pagi, jenazah dapat dimandikan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bunohan, kira-kira jam 11.30 pagi.
Anak Allahyarham Mohd Ramli, Nor Amira, 21, berkata sepatutnya urusan pengebumian jenazah bapanya boleh disempurnakan lebih awal, tetapi disebabkan masalah air, ia terpaksa ditangguhkan.
Katanya, apabila mendapati tekanan air rendah sehingga memberikan masalah untuk memandikan jenazah, saudaranya menghubungi AKSB untuk meminta bantuan supaya dihantar bekalan air.
“Bagaimanapun, jawapan yang diberikan AKSB mengecewakan apabila memberitahu lori tangki air adalah terhad yang menyebabkan mereka tidak dapat menghantar bekalan air pada waktu itu,” katanya.
Nor Amira berkata, disebabkan tiada pilihan, keluarganya sepakat memecahkan meter paip berhampiran rumah dan menadah air dengan baldi selama dua jam, sebelum memandikan jenazah.
“Saya kecewa dengan kejadian seperti ini dan sepatutnya AKSB bertindak profesional dalam menangani masalah ini. Mereka sepatutnya menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat negeri ini," katanya.
Nor Amira berkata, bagi melancarkan urusan majlis tahlil arwah bapanya, dia bersama keluarga terpaksa juga menadah air dari meter yang dipecahkan itu.
Katanya, lebih 1,000 penduduk di kampung itu berdepan masalah air sejak lebih lima tahun lalu sehingga terpaksa menggunakan air dari tali air yang keruh serta berbau lumpur.
"Sehingga kini, tiga kes berkaitan dengan urusan memandikan jenazah terpaksa ditangguhkan sementara di kampung ini berikutan masalah air," katanya.
Sunday, March 17, 2013
PENAFIAN DR ZAKIR NAIK BERHUBUNG ISU INSYA ALLAH
Soalan :
Tersebar dalam facebook seorang dai'e internasional menyatakan tulisan InshaAllah adalah salah. dan perlu ditulis In shaa Allah. Betulkah perkara ini ?
Jawapan :
Jika di Malaysia kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan / transliterasi Arab-Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.
Rujuk:http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya+allah
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat
Di Malaysia kita sudah sedia maklum bila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya jika diizinkan Allah . Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini.
Wallahua'lam
Tambahan :
Jika di Malaysia kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan / transliterasi Arab-Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.
Rujuk:http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya+allah
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat
Di Malaysia kita sudah sedia maklum bila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya jika diizinkan Allah . Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini.
Wallahua'lam
Tambahan :
Di dalam kalimat arab ia akan menjadi satu masalah apabila ditulis : (إنشاء الله) - bermaksud mencipta Allah
Dan ia sepatutnya ditulis إن شاءالله - bermaksud -sekiranya dikehendaki Allah
(pernyataan dai'e internasional di atas sepatutnya merujuk dalam kalimat Arab yang ditulis dalam tulisan arab dan bukan tulisan rumi)
Dalam rumi kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna - Dengan Izin Allah.
Dr Zakir Naik yang kita kenali adalah seorang pendakwah terkenal antarabangsa yang berani berhujjah di kalangan non Muslim dan di tangannya ramai yang memeluk Islam. Namun begitu beliau bukanlah seorang yang diiktiraf sebagai ulamak untuk mengeluarkan hukum dan rujukan dalam perkara aqidah. Antara fatwa mengenai Dr Zakir Naik klik di sini.
Penafian dari Dr Zakir Naik mengenai isu Insha Allah ini Sila klik gambar untuk besarkan:
Dan ia sepatutnya ditulis إن شاءالله - bermaksud -sekiranya dikehendaki Allah
(pernyataan dai'e internasional di atas sepatutnya merujuk dalam kalimat Arab yang ditulis dalam tulisan arab dan bukan tulisan rumi)
Dalam rumi kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna - Dengan Izin Allah.
Dr Zakir Naik yang kita kenali adalah seorang pendakwah terkenal antarabangsa yang berani berhujjah di kalangan non Muslim dan di tangannya ramai yang memeluk Islam. Namun begitu beliau bukanlah seorang yang diiktiraf sebagai ulamak untuk mengeluarkan hukum dan rujukan dalam perkara aqidah. Antara fatwa mengenai Dr Zakir Naik klik di sini.
Penafian dari Dr Zakir Naik mengenai isu Insha Allah ini Sila klik gambar untuk besarkan:
kredit to jomfaham.blogspot
HEBATNYA LOTUS (ANAK SYARIKAT PROTON) : Raikkonen juara pertama 2013 Grand Prix Australia
MELBOURNE 17 Mac - Pelumba Lotus, Kimi Raikkonen muncul juara pada
aksi pembukaan awal musim di Grand Prix Australia mengetepikan Fernando
Alonso dari Ferrari di tempat kedua.
Tempat ketiga milik juara dunia tiga kali berturut-turut dari Red
Bull, Sebastian Vettel selepas perlumbaan sengit di litar jalan raya di
Melbourne.
Seorang pengganas ditembak mati di Lahad Datu
LAHAD DATU: Seorang pengganas ditembak mati dalam pertempuran dengan
anggota keselamatan di Kampung Tanjung Batu pada jam 10.15 pagi tadi.
Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, pertempuran antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas bermula jam 9.55 pagi tadi.
Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, pertempuran antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas bermula jam 9.55 pagi tadi.
Pencerobohan Lahad Datu : Penceroboh bunuh diri dalam lokap
Semporna: Seorang lelaki disyaki pengganas Sulu yang ditahan dalam Ops
Daulat, ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Tawau, pagi kelmarin, dipercayai membunuh diri.
Lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 10 Mac lalu, dipercayai menjerut lehernya menggunakan baju lokap di pintu jeriji lokap sebelum melipat kedua belah kakinya ke atas.
Lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 10 Mac lalu, dipercayai menjerut lehernya menggunakan baju lokap di pintu jeriji lokap sebelum melipat kedua belah kakinya ke atas.
Suspek itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Saturday, March 16, 2013
PEMINAT KOPI : Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya
supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik
sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة
iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada
dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar
menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau
yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak
dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia
mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan
tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang)
adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan
syarat:
1- biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
2- biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah
mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama
Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
1Million Women Purple Walk Negeri Johor- Cabutan bertuah memang terbaik.tengok ni. Mesti datang esok
Mohon bantu promo ~
Datanglah beramai2 ke 1Million Women Purple Walk yg b'tema Ungu di Kota
Iskandar, Nusajaya pada 17 Mac 2012 (ahad) dan daftar sebelum jam 8.15 pg utk layak cabutan
bertuah.
Senarai hadiah cabutan bertuah ~
1 - 1 TV LED Panasonic 50"
2- 2 HP Samsung Galaxy Note 2
3- 5 TV LED 39"
4- 5 HP Samsung SIII Mini
5- 5 Pakej Pelancongan 3D2N b'serta tiket feri n makan
6- 10 TV LED 32"
7- 10 HP Samsung Galaxy Y
8- 10 Microwave Oven
9- 10 Food Processors Philips
10- 10 Vacuum Cleaner Electrolux
11- 20 tiket Legoland utk 2 org;
12 - 20 tiket Hello Kitty utk 2 org...
Cabutan Bertuah khas utk lelaki ~ tiket menonton p'lwnn JDT, merchandise JDT n baucer RM100 drpd AlIkhsan
- sumber : Pejabat SUK Johor
FATWA : Hukum Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang
bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam
ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta
meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan
maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar,
hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah
Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah
harus.
Keterangan/Hujah:
-
Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah
yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan
ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan
kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam
kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
-
Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan,
maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih
besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam
terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam
Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang
majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan
besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan
orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531
kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
-
Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB
ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan
sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah
prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
-
Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan
menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan
serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang
kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada
perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan
agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB
tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu
mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
-
Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas
bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan
judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70%
pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank
yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini,
pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram.
Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan
Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam
saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas.
Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian
ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan
Islam.
- PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.
7 dosa besar pembangkang - PM
TANAH MERAH 15 Mac - Pakatan pembangkang telah
melakukan tujuh dosa besar kepada seluruh rakyat Malaysia, maka mereka
perlu dihukum dan tidak layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya
Umum Ke-13.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dosa pertama
yang dilakukan ialah para pemimpin pembangkang terutama Pas telah gagal
mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat
mengimpikan Putrajaya.
"Pas tidak mempertahankan kalimah Allah. Pas tidak mempertahankannya,
kenapa ? Kerana dia kira kerusi, kerana takut DAP dan kerana kira undi
maka Pas tidak letakkan Islam di tempat paling tinggi.
"Kalau berjuang atas nama Islam, kalau parti Islam kenapa tak
letakkan Islam di tempat tertinggi," katanya ketika berucap merasmikan
Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri yang dihadiri lebih 50,000 rakyat
Tanah Merah di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, dosa kedua yang dilakukan pembangkang ialah
perjanjian sulit antara Pas dan DAP selepas pilihan raya umum lalu
apabila Pas memberikan lebih 4,000 hektar kepada dua pemimpin DAP Perak
semata-mata mahu jawatan Menteri Besar Perak dijawat oleh pemimpin Pas.
Beliau berkata, dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua
Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya manakala dosa keempat
ialah keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua
yang menghina anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah.
Menurut Najib, dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak
menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di
negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang.
"Orang kata pengkhianat bangsa dan negara, saya kata perbuatan yang
keji daripada pemimpin yang keji, jadi hukum untuk pemimpin yang keji
ialah kita tolak mereka.
"Dosa kelima ialah janji tidak ditepati. Janji kosong, janji 2008
tinggal janji, tanya pada ibu tunggal, warga emas dan yang menghantar
anak di tadika. Dapat elaun tak, mereka tak dapat, hampa," kata beliau.
Sementara itu, menurut beliau, dua lagi dosa besar yang dilakukan
pembangkang ialah apabila Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi
serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara
Islam.
"Dulu dalam tragedi Memali katanya kalau bunuh orang kerajaan, bunuh
polis maka isytihar syahid, dikebumikan tanpa kafan, kerana mereka kata
tahaluf siyasi Barisan Nasional (BN) tetapi hari ini mereka tahaluf
siyasi dengan DAP.
"Apabila dia nak buat negara Islam, pemimpin DAP kata langkah mayat
saya dahulu, Pas pula tunduk, tetapi hari jadi pergi ke rumah dia, di
manakah maruah orang ini.
"Dosa yang ketujuh ialah mempermainkan matlamat kononnya negara
Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul
pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang
hudud, mereka ini tipu, 'belawok'," tegas Perdana Menteri.
HUKUM MEMAKAI SANGGUL TINGGI ALA BONGGOL UNTA WALAUPUN BERTUDUNG..HARUS ATAU HARAM?
PERBUATAN
TERSEBUT BOLEH JD HARUS, TP ADA CARA DAN SEBABNYA..DAN JUGA BOLEH JADI
HARAM JIKA TIDAK KENA PADA CARA, NIAT DAN TUJUANNYA..JD, KALAU RASA
WAS2, TIDAK PERLU LA MEMAKAI TUDUNG BERSANGGUL TINGGI BONGGOL
UNTA..SEORANG WANITA YG BERGELAR ISTERI HANYA PERLU BERHIAS UTK
SUAMI..MARI KITA KONGSI BERAMAI2 PENDAPAT USTAZ DI BAWAH
INI..RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL..
Sanggul
dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya
untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan Syarak terhadapnya
asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami,
mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang
wajib ditutup. Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk
menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah
tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang
melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka
yang disebut oleh Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadis
di bawah;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ
أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ
بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ
رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;
2.
Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung
kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya.
Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini
tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana
bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).[1]
Dalam
hadis di atas, Nabi mendedahkan dua golongan dari umatnya yang
perlakuan mereka belum nampak pada zaman baginda akan tetapi akan muncul
pada zaman selepas baginda, iaitu;
a)
Golongan pertama; golongan yang suka mendera dan memeras orang-orang
bawahannya (termasuk pemerintah-pemerintah yang zalim) di mana mereka
diumpamakan Nabi seperti seorang tuan yang memegang cambuk dan memukul
hamba bawahannya.
b)
Golongan kedua; wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang
(yakni tidak menutup aurat dengan sempurna) di mana mereka cenderung
kepada maksiat dan melakukan tindakan-tindakan yang mendorong orang lain
kepada maksiat.
Di
dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang dimaksudkan oleh Nabi
apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol
unta…”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitulah untuk menarik
perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan
sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai. Ini dapat kita
fahami dari keadaan mereka yang disifatkan Nabi dalam ungkapan
sebelumnya “…berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada
perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada maksiat…”.
Menurut
Imam an-Nawawi; maksud ungkapan Nabi “kepala-kepala mereka umpama
bonggol-bonggol unta” ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka
dengan melilitnya dengan kain serban atau kain-kain lilitan yang lain
(Syarah Soheh Muslim). Jelaslah kepada kita bahawa yang dimaksudkan
oleh Nabi dalam hadis di atas –berdasarkan tafsiran ulamak- ialah
fesyen-fesyen yang dibuat pada rambut untuk tujuan menarik perhatian
orang lain.
Wanita-wanita
Islam wajib menjaga penampilan diri mereka agar jangan menimbulkan
ghairah dan nafsu lelaki ajnabi walaupun dengan perbuatan yang hukum
asalnya adalah harus.
Kesimpulannya,
sanggul pada asalnya tidaklah dilarang, namun jika dibuat dengan
tujuan untuk memperlihatkan keaadan sanggul itu di khalayak ramai atau
untuk menarik perhatian mereka, ia adalah dilarang berdasarkan ayat
al-Quran dan hadis di atas.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 14, bab an-Nisa’ al-Kasiyaat…
2. Fatawa wa Istisyaraat laman al-Islam al-Yaum (http://www.islamtoday.net/), no. 16/158.
3. Al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
Nota hujung;
[1]
Berkata Dr. Yusuf al-Qaradhawi; “Rasulullah s.a.w. melalui pandangan
ghaibnya seolah-olah melihat kepada zaman ini, zaman di mana terdapat
kedai-kedai atau salun-salun khas untuk menggubah rambut wanita,
mencantikannya dan mempelbagaikan fesyen-fesyennya. Biasanya kedai-kedai
atau salun-salun ini diselia oleh lelaki-lelaki yang melakukan kerja
mereka bagi mendapat upah atau bayaran. Bukan sekadar itu, malah ramai
wanita yang tidak memadai dengan rambutnya yang sedia ada yang
dianugerahkan Allah, maka mereka membeli pula rambut-rambut palsu.
Rambut palsu ini mereka sambungkan dengan rambut asal mereka untuk
kelihatan lebih ikal, bersinar dan cantik, supaya dengan itu diri mereka
menjadi lebih menarik dan menggoda…”. (al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf
al-Qaradhawi, halaman 84-85).
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
kredit to fatinqursiah
Friday, March 15, 2013
RUMAH SEWA DI NUSAJAYA & GELANG PATAH
Berhari-hari aku cuba mencari rumah atau bilik yang boleh disewa di nusajaya dan Gelang Patah. Puas semua kat internet aku telek
tapi masih hampa. Bila dah dapat cari...org lain plak yang masuk,
sedangkan aku dah tempah. mungkin lambat sangat pegi jumpa. salah aku
pun sebenarnya.
Susahnya
nak cari rumah erk kat kawasan Nusajaya dan Gelang Patah ni. sewa bilik
pun tak mati 200 keatas, itu pun kalau berbasib baik. kalau tak baik,
ada yang sewakan RM 300. Macammana dengan orang yang bergaji kecil macam
aku ni erk :-( kesian kan.
Puas
cari rumah kat internet, jumpa rumah untuk dijual di Perumahan Rakyat
Lima Kedai, harga ok, tapi terbaca plak masalah kat flat tu. mcm tawar
hati. tapi apa2 pun aku pegi tengok dulu. mudah2an dipermudahkan
segalannya. Aku bermohon pada Mu Ya Allah, mudah2an semua urusan
seharian ku dipermudahkan.
Aku
mohon jugak kuarters kerajaan kat Taman Nusantara, jawapan dukacita
sebab tak da kekosongan..... cari rumah kerajaan untuk disewa pun takda.tapi kalau ada kabel ok kot.uhuk...uhuk :-) . setiap terjadi ada hikmahnya. aku terima dengan hati terbuka tapi sikit kecewa tetap ada. :-( sob..sob...sob..sedih
Beli rumah??????? pergh, harga kat kawasan ni, berlipat ganda betul. aku nak cuba rumah lelong kat Johor ni.....tahun 2013 punya banyak yang terlepas.bulan Januari aritu. aku dah baca banyak gak. Beli rumah lelong ( http://www.lelongbank.com/ ) ni pun bagus jugak. harga murah dari pasaran tapi jangan sampai bid terlebih harga dah. kena tau gak harga pasarannya.Jangan main angkat kipas tu jer...Boleh belajar.
nasib
badan....sapa yang ada tau rumah sewa area ni atau area Pekan Nanas
Pontian boleh la habaq kat aku. kesian kat aku ni.rumah oh rumah...kat
mana la yang kosong ni. kalau ada tuan2 rumah yang baik ati.....bagi la
aku sewa.pasti dijaga dgn sebaiknya.InsyaAllah.
Singapura bakal miliki jet tempur F-35 AS
Singapura: Singapura berada dalam tahap akhir menilai jet tempur F-35
Amerika Syarikat untuk menaik taraf tentera udaranya. Jadi, Singapura
tentu akan segera membuat tempahan berpuluh-puluh jet yang berdepan
masalah lebihan kos dan kelewatan penghantaran, kata sumber.
Singapura, hab perniagaan dan perkapalan dengan tentera paling lengkap di Asia Tenggara, dijangka menyerahkan surat permohonan tidak lama lagi untuk mendapatkan F-35 Joint Strike Fighter, kata dua pegawai Amerika mengenai perkara ini.
Singapura, hab perniagaan dan perkapalan dengan tentera paling lengkap di Asia Tenggara, dijangka menyerahkan surat permohonan tidak lama lagi untuk mendapatkan F-35 Joint Strike Fighter, kata dua pegawai Amerika mengenai perkara ini.
Republik itu akan memulakan proses minggu ini untuk membeli pesawat yang
dibina Lockheed Martin Corp itu, kata seorang pegawai. Pratt &
Whitney, satu unit dalam United Technologies Corp, membina enjin untuk
F-35.
Selasa lalu, menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen, berkata tentera udara mengenal pasti F-35 sebagai pesawat paling sesuai untuk usaha memodenkan armada perang.
“Pesawat F-5 milik kami menghampiri tahap akhir operasi dan F-16 dalam fasa pertengahan. Kita kini dalam tahap akhir menilai F-35,” katanya di Parlimen.
Ng tidak memberikan tarikh tetapi berkata kementerian pertahanan akan berpuas hati jika jet pejuang itu menepati keperluan jangka panjang, memulakan operasi, dan paling penting ia berkesan dari segi kos.
Tentera Udara Singapura kini memiliki 24 F-15SG, 20 F-16C dan 40 F-16D, 28 F-5S dan sembilan F-5T, menurut Institut Kajian Strategik Antarabangsa. Ia juga memiliki 19 helikopter tempur AH-64D Apache.
Singapura yang ada 5.3 juta penduduk itu bercadang membelanjakan S$12.3 bilion (RM30.6 bilion) bagi tujuan pertahanan pada tahun kewangan 2013 bermula April ini, peningkatan 4.3 peratus daripada tahun sebelumnya.
Lahad Datu : Bedil sarang pengganas
» Dua kampung air di Semporna digempur
Lahad Datu: Pasukan keselamatan pagi semalam mula membedil lokasi
persembunyian pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, FELDA Sahabat 22 dekat
sini, menggunakan mortar.
Bedilan bertalu-talu itu bertujuan memaksa saki baki pengganas keluar dari tempat persembunyian mereka.
Kampung Sungai Nyamuk kini menjadi sasaran pasukan keselamatan selepas pertempuran dengan kumpulan pengganas di kampung itu, Selasa lalu, mengorbankan Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pihaknya menyerang lokasi spesifik yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas
di kampung itu selepas mereka melarikan diri dari Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.
“Kita melancarkan serangan mortar dulu sebelum melakukan operasi mencari dan menggeledah.
“Bagaimanapun, sejak petang semalam (kelmarin) tiada pertempuran dengan pengganas.
Penembak tepat
“Kita percaya mereka masih bersembunyi di kampung itu,” katanya pada sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.
Allahyarham Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur dengan lima pengganas Sulu di kawasan ladang kelapa sawit di kampung itu pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu.
Beliau yang ditugaskan sebagai ‘pointer’ iaitu anggota tentera paling depan dalam kumpulannya untuk menjejaki musuh, dipercayai ditembak penembak tepat musuh.
Allahyarham dari Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Tawau, Sabah dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan gugur di tempat kejadian. Dua pengganas berjaya dibunuh pasukan keselamatan dalam pertempuran itu.
Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini memperkecil kawasan kepungan di Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu, selain meneruskan operasi mencari dan menggeledah di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Tanjung Labian.
Polis Malaysia Suruh Lari Sebelum Tembak
Agensi berita Filipina, Inquirer melaporkan Amira Taradji, 44,
mendakwa polis Malaysia memaksa lelaki-lelaki warga Filipina berlari
sekuat hati, sebelum menembak mereka ketika menyerbu kumpulan pengganas
itu di Sandakan, Sabah.
“Antara yang terbunuh dalam serbuan itu pada awal minggu ini adalah abang saya, Jumadil,” dakwanya kelmarin.
Taradji yang berasal dari Calinan, Davao City merupakan antara 400
rakyat Filipina yang melarikan diri dari Lahad Datu, Semporna, Tawau dan
Kunak di Sabah ke Sulu ketika pasukan keselamatan Malaysia melancarkan
serbuan tersebut.
Wanita itu mendakwa serbuan itu sangat teruk buat rakyat Filipina dan kaum Suluk.
“Beberapa lelaki yang menunjukkan dokumen imigresen telah ditembak
mati,” dakwanya, memetik cerita warga Filipina lain yang melarikan diri
bersamanya dari Sabah.
Taradji mendakwa mereka yang ditangkap pula tidak diberi makanan.
Beliau yang tinggal di Sandakan sejak berumur enam tahun dan memiliki
kad pengenalan MyKad Malaysia berkata, mereka meninggalkan rumah di
Sandakan apabila serbuan polis bermula pada awal minggu ini.
Seorang lagi warga Filipina, Carla Manlaw, 47, berkata, kebimbangan
tinggi terhadap polis Malaysia menyebabkan dia dan keluarganya melarikan
diri ke Bongao, Tawi-Tawi.
Dia bersama 99 warga Filipina lain yang menaiki dua buah bot ditahan ketika memasuki perairan Filipina dari Sandakan.
“Ramai yang melarikan diri bersama saya bimbang ditahan polis Malaysia,” katanya.
sumber
baca juga artkel ini yer malaysia-sentiasa-pantau-laporan-media filipina
50 SEN TANDA KOMANDO KITA DAH SAMPAI RUMAH KIRAM
Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan
wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya
dihadapan rumah Kiram oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta
berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari Jarak Dekat
Mau terkencing Kiram bila tengok budak ni pegang Syiling 50 Sen Malaysia..
hahahahahhaha
Teringat aku masa Komando kita letak setem Malaysia di Kompleks Pertahanan Udara Singapura
Di Bukit batok..
kredit to keris putera
MESTI BACA : PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA
Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.
Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.
"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani
pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi
terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua
dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer
bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit
menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang,
majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik,
kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu
biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer
skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan dan kaedah menjawab
soalan untuk dihafal. Antara pengisian utama modul, cara untuk
menyakinkan pelanggan agar akhirnya bersetuju mendedahkan tiga nombor
kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor itu saya temui di restoran mamak.
"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.
Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.
"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik. Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.
Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis menggunakan perakam suara jenis Sony.
"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard.
Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan
syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad
kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar.
Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih
dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319
..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang
dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat
rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard
mereka," jelas Elis.
"Kemudian?," celah saya.
Ternyata wanita itu amat petah berkomunikasi.
"Kemudian kita cakap, baiklah encik, sekarang saya ingin mengesahkan
nombor kad kredit visa encik. Katalah 6080-0978-0800, bolehkah encik
tolong bacakan tiga nombor di belakang kad, bersebelahan tandatangan?
Sebenarnya ramai tidak mengetahui itu security code bank. Kami sengaja bertanya walhal selalunya kami memang mempunyai maklumat itu tersenarai," katanya.
"Kalau sudah memiliki nombor kad kredit dan security code mengapakah awak harus bertanya kepada pemilik kad?," tanya saya keraguan.
"Itu memang syarat ditetapkan oleh agensi. Sebelum itu saya terangkan
kepada dia, skim insuran ditawarkan mengenakan bayaran RM399 untuk
setahun. Apapun, ayat terakhir setiap telemarketer lebih kurang
sama sahaja, jadi encik bersetuju kami akan cajkan RM399 ke akaun kad
kredit encik? Penolakan amaun itu akan bermula pada awal bulan hadapan
dan kami kemudian akan menghantarkan sijil insuran kepada encik. Kami
mesti menunggu sehingga dia berkata, saya bersetuju atau ok terlebih
dahulu, sebelum nombor kad kredit dan security code digunakan
untuk tujuan pembayaran. Biarpun pada awalnya kami memaklumkan dia
penolakan bermula pada bulan hadapan, sebenarnya kami akan caj kad
kredit dia, pada hari sama. Setiap telemarketer dimestikan membuat minimum dua sale sehari. Setiap pemilik kad bersetuju dengan transaksi terbabit, telemarketer meraih komisyen RM100 manakala syarikat mengaut keuntungan berbekalkan modal air liur, RM299," ujar Elis.
"Sebenarnya wujudkah hubungan di antara agensi, bank serta syarikat
insuran itu? Sijil insuran itu datang dari mana pula?," tanya saya
sekaligus.
"Tidak! Itu semua penipuan! Sijil dijanjikan kepada mangsa dicetak
sendiri di pejabat. Bertujuan mengelakkan pemilik kad datang menyerang,
kami sedaya-upaya cuba untuk tidak akan memberikan alamat lengkap kepada
mereka. Manakala nombor telefon digunakan oleh telemarketer bukan nombor talian tetap tetapi nombor telefon bimbit seperti 019, 017, 014 atau private number," jelas Elis.
Kata Elis, purata bil telefon bulanan mencecah RM10,000 namun itu hanya
sekelumit berbanding jumlah keuntungan diperolehi oleh pengusaha agensi.
Tambah bekas pekerja agensi penipuan itu, majoriti mangsa mereka, pengguna baru kad kredit atau kad debit.
Elis bekerja di antara jam 10 pagi dan 6 petang setiap hari dan
diberikan senarai ratusan data perbankan pemilik kad untuk dihubungi.
"Semua individu kami telefon itu tidak semestinya memberikan layanan baik. Kebanyakkannya kami attack pengguna
kad kredit baru kerana mereka tidak begitu arif mengenai transaksi kad
kredit jauh sekali kegiatan sindiket penipuan. Tambahan pula barangkali
sebilangan bank gagal memperingatkan pelanggan agar tidak mendedahkan security code kad
kredit atau debit melalui panggilan telefon. Beberapa individu kami
hubungi, acapkali melontarkan soalan, kalau benar awak daripada bank,
mengapakah perlu bertanya dan mendapatkan security code kad
kredit saya? Kami akan balas dengan kenyataan, kami ingin membuat
pengesahan, betulkah encik pemegang sah kad kredit itu? Itu trick digunakan," responnya.
Menurut Elis, pengusaha agensi penipuan sebegitu meraih keuntungan
ribuan ringgit setiap sehari. Tidak hairan jika mereka hidup
senang-lenang dan memandu kereta mewah. Agensi terbabit lazimnya hanya
beroperasi kurang setahun di pejabat sama sebelum berpindah ke lokasi
lain dan sekaligus menukar nombor telefon untuk menjalankan kegiatan
sama.
Di bawah, gambar bekas pejabat Elis.
Kini pejabat di tingkat satu dan dua terbabit telah ditinggalkan.
"Tingkat dua tempat telemarketer beroperasi manakala tingkat satu
bekas pejabat kakitangan pentadbiran termasuk bos. Tiada papan tanda
syarikat dipaparkan dan selalunya semua tingkap ditutupi tirai. Pejabat
tempat saya bekerja dahulu, pernah diserbu oleh kakitangan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia. Sewaktu kejadian itu telemarketer diarahkan
keluar dari pejabat. Ada sekali, wakil syarikat insuran datang ke
pejabat secara mengejut. Mungkin berikutan terdapat aduan mengatakan
agensi kami menggunakan nama syarikat itu secara tidak sah untuk
memperdayakan orang ramai," katanya.
"Semasa awak bekerja, berapakah jumlah sale sehari?," soal saya.
"Satu atau dua sale sahaja SEBULAN sebab saya bekerja sebagai kerani pengurusan dan cuma sesekali diarahkan bertugas sebagai telemarketer. Pekerja lain? Mereka memang seronok. Contohnya, andai telemarketer mampu menipu purata enam orang pemegang kad kredit baru, pendapatan harian mereka mencecah RM600 Kalau telemarketer tidak membuat sale langsung, mereka akan dibuang kerja. Kaedah digunakan oleh agensi, mudah. Bayar sahaja gaji pokok telemarketer tidak perform separuh
atau jangan membayar langsung. Maka pekerja itu tidak akan mampu
bertahan dan dengan sendirinya terpaksa berhenti," kongsi wanita itu.
Gaji pokok telemarketer, di antara RM800 dan RM1,500 sebulan dan majoriti pekerja, wanita.
"Adakah selama waktu bekerja, awak tahu agensi terbabit menipu ramai orang?," tanya saya lagi tanpa jemu.
"Saya tahu, sebab itu saya tidak suka membuat sale. Saya juga pernah berbual bersama kawan, bekerja sebagai marketer.
Dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Saya bertanya kepada dia,
sampai bilakah awak hendak memberikan anak makan duit hasil penipuan?,"
balasnya.
Saya kemudian mengemukakan soalan berikut.
"Pernah terdengar rungutan di kalangan telemarketer? Mungkin mereka tertekan kerana terpaksa membuat terlalu banyak panggilan sehari?"
"Pernah! Namun kakitangan pihak pengurusan amat bijak memainkan peranan mereka. Untuk mengalihkan pandangan dan tumpuan telemarketer,
mereka mengajak kami makan dan berkata, hari ini awak semua tidak
perlu membuat panggilan, kita semua boleh berehat. Mereka juga membuat
pekerja gembira menggunakan elemen kejutan. Baiklah, minggu ini kita
akan pergi melancong ke Melaka! Semua kos dibiayai sepenuhnya oleh
agensi. Di samping itu, pakej insentif berkumpulan juga ditawarkan
kepada telemarketer. Contohnya, jika sale mencecah
sasaran, 60 sehari, pakej pelancongan lebih istimewa ditawarkan kepada
mereka. Bagaimanapun melalui pengalaman saya, purata tempoh telemarketer bekerja di agensi itu hanya di antara lima dan enam bulan sahaja," kata Elis.
"Adakah semua telemarketer menyedari mereka bekerja di agensi menipu orang ramai?," soal saya.
"Tidak semua. Saya lebih banyak tahu kerana bekerja sebagai kerani
pengurusan tetapi itupun atas tujuan mencari rezeki, terpaksalah. Telemarketer
tidak tahu langsung berhubung keuntungan ditangguk oleh agensi apatah
lagi status nama bank dan syarikat insuran mereka gunakan untuk
memperdaya pemegang kad kredit dan debit sewaktu menjalankan tugas.
Pihak pengurusan terlebih dahulu memaklum dan menyakinkan telemarketer, operasi dijalankan itu kononnya sah dan dokumen peribadi pemilik kad dibekalkan oleh pihak bank," ujar Elis.
Tambah Elis, kebanyakkan telemarketer, pemegang diploma dan
ijazah. Justeru mereka mampu berkomunikasi dalam dwi bahasa, bahasa
Melayu dan Inggeris tatkala berkomunikasi dengan bakal mangsa.
"Kalau betul betul bekerja berbekalkan mulut manis, daya pujuk dan
telinga tebal, mereka boleh meraih pendapatan bulanan di antara RM3,000
dan RM4,000. Andai kata bakal mangsa marah, telemarketer harus
bersikap sabar kerana kakitangan pengurusan berkata, penjawab panggilan
bukan berada di hadapan awak. Jadi, mengapakah awak harus berasa takut?
Semua bertugas di pejabat agensi sama dilatih untuk menjawab pelbagai
soalan dilontarkan oleh pemegang kad kredit dan debit, kekadang
dihubungi berulang kali menggunakan teknik dicetak sebagai panduan.
Adakalanya bakal mangsa bertindak bijak. Mereka memberikan alasan
kononnya sedang bermesyuarat dan meminta untuk dihubungi kemudian dan
selepas itu tidak akan melayan panggilan kami. Hanya mereka bersikap
lalai sahaja terpedaya," kongsi Elis.
Jika kini tiba-tiba dihubungi telemarketer, apakah respon awak? Soalan itu saya lontarkan kepada wanita hanya meminum teh 'O' ais limau ketika saya temui.
"Saya pernah bekerja seperti kamu sebelum ini dan kamu tidak perlu menipu saya sebab kamu cuma ingin mendapatkan security code tiga digit itu, kan? Terima kasih," balasnya yakin.
Elis turut membawa saya ke lokasi agensi dipercayai masih beroperasi.
"Berikan saya tiga bank seringkali data peribadi pelanggan mereka
diperolehi oleh agensi secara mudah," soal saya dengan debaran.
"M....., R..... dan C.... Itu bank paling popular dan mangsa sebelum
ini, ramai pelanggan institusi kewangan terbabit," responnya tanpa
kelihatan teragak-agak.
"Soalan terakhir, adakah senarai nama dan maklumat perbankan peribadi
individu menjadi mangsa atau tidak, dibekalkan oleh kakitangan syarikat
telekomunikasi atau ...?," tanya saya.
Memang saya membiarkan soalan itu tergantung.
"Sekali, saya dan kakitangan pengurusan agensi pernah bertemu dengan
lelaki mendakwa kakitangan bank. Kami bertemu di restoran mamak. Dia
menyerahkan senarai kira-kira 200 nama, lengkap beserta data peribadi
perbankan pelanggan dalam bentuk pen drive. Setiap satu data
dijual dengan harga di antara RM1 dan RM1.50. Apapun pastinya bukan
semua kakitangan institusi perbankan terbabit," jelas Elis.
"Wow! Semurah itu?
Saya terkejut.
"Ya dan lazimnya dalam tempoh dua minggu, secara rutin agensi akan
membeli senarai data lain pula, dibekalkan individu sama atau berbeza.
Melalui pengalaman, saya boleh mengesahkan, syarikat telekomunikasi
tidak terbabit dalam sindiket penipuan ini," balasnya.
Klik di sini, untuk melihat bukti dokumen diperolehi oleh agensi.
Klik di sini, untuk melihat bukti dokumen diperolehi oleh agensi.
NOTA
Perkataan 'telemarketer' dalam entri ini secara spesifik HANYA
merujuk kepada pekerja di bekas agensi Elis pernah bertugas sekaligus
BUKAN ditujukan kepada SEMUA telemarketer di seluruh negara.
Justeru telemarketer lain, tidak terbabit dengan kegiatan penipuan, usah terasa mahupun melenting.
SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI FACEBOOK, BLOG DAN TWITTER UNTUK MEMPERTINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT AGAR TIDAK KERUGIAN AKIBAT DIPERDAYA.
SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI FACEBOOK, BLOG DAN TWITTER UNTUK MEMPERTINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT AGAR TIDAK KERUGIAN AKIBAT DIPERDAYA.
Subscribe to:
Posts (Atom)