Mungkin ramai yang tidak sedar Malaysia sebenarnya bukan saja berdepan
dengan pencerobohan lanun Sulu di Lahad Datu tetapi sedang berdepan
dengan satu gerakan tersusun yang cukup berbahaya bukan saja kepada
negara tetapi juga kepada rakyat serta masa depan generasi selepas ini.
Ketika negara sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya kita
tiba-tiba di kejutkan dengan berita pencerobohan di Lahad Datu.Pada
ketika itu tak ramai yang melihat insiden ini sebagai insiden besar yang
mampu mengorbankan nyawa.
Sedar atau tidak kumpulan penceroboh yang mengaku mereka sebagai tentera
Sultan Sulu itu sebenarnya cukup ganas dan kemasukan mereka ke Lahad
Datu bukan dilakukan dengan sengaja.Mereka menceroboh setelah melakukan
satu persiapan rapi dan mendapat bantuan dari apa yang MMI labelkan
sebagai tangan-tangan ghaib.
Istilah tangan ghaib ini MMI berikan kerana keterlibatan pihak-pihak
tertentu dan ianya hampir pasti berlaku cumanya kerana siasatan masih
dijalankan maka agak sukar untuk MMI memberikan ulasan kerana dibimbangi
mampu merencatkan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Namun pasti ramai yang sudah pun mengetahui bagaimana pengganas yang
mengaku sebagai tentera Sulu ini mempunyai kelengkapan perang tersendiri
dan ianya memerlukan satu perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan
senjata-senjata tersebut.
Sultan Sulu sendiri sebenarnya tidak mempunyai keupayaan kewangan
sebanyak itu dan mengapa dalam soal ini mereka mampu menceroboh dengan
keupayaan yang mencecah jutaan ringgit ? Baca Sini
Lihat juga bagaimana badan perisikan Filipina pernah mendedahkan tentang
keterlibatan pihak pembangkang dari Malaysia yang pernah dan terlibat
secara langsung dengan mereka-mereka yang digelar sebagai pemberontak di
Filipina.Baca Sini
Selain dari itu jangan lupa juga tentang satu kejadian paling aneh
apabila sebuah kapal perang dari Amerika Syarikat bernama USS Guardian
tersangkut di laut Sulu.Baca Sini
Perlu diingat sudah ada laporan menyatakan NGO dari Malaysia menyalurkan dana kepada pengganas Sulu !! Baca Sini
Jika melihat dan mengkaji segala yang berlaku itu ianya jelas mempunyai kaitan diantara satu sama lain.
Apa yang MMI boleh katakan disebalik apa yang berlaku ianya merupakan
satu operasi terancang melibatkan pihak-pihak bernama besar dan ianya
sebenarnya merupakan satu operasi "Command & Conquer" yang telah
mengkambing hitamkan Sultak Kiram 3 dan penyokong-penyokongnya.
Pasukan penceroboh Sulu yang mendarat di Lahad Datu sebenarnya dibantu
oleh pelbagai pihak sama ada dari dalam dan juga luar
negara.Mereka-mereka ini licik mengatur strategi dengan tujuan untuk
menghuru-harakan Malaysia.Harapannya mudah keadaan kelam kabut yang
dicetuskan oleh pengganas Sulu ini adalah pelan pertama
mengkucar-kacirkan keadaan dan apabila ianya tidak dapat dikawal maka
kuasa asing akan diminta segera membantu melalui badan-badan sah di
peringkat antarabangsa.
Sebenarnya ianya telah pun digerakkan apabila media-media pro
pembangkang saban waktu cuba mewujudkan suasana tidak selesa dengan apa
yang berlaku di Lahad Datu.Keupayaan pasukan keselamatan negara turut di
pertikaikan dan tahukah anda bahawa sudah ada pihak-pihak tertentu
telah pun memohon supaya UN campur tangan.Baca Sini dan Sini.
Adakah anda semua boleh bayangkan apa akan berlaku sekiranya apa yang
MMI catatkan diatas menjadi kenyataan ? Malaysia bakal berdepan dengan
satu konflik keselamatan dan ianya akan menyebabkan segala perancangan
membawa Malaysia mencapai wawasan 2020 terbantut.
Dalam masa yang sama kedudukan ekonomi negara akan terjejas apabila
pelabur-pelabur luar mengambil langkah berhati-hati untuk meneruskan
pelaburan di Malaysia.
Begitu juga dengan suasana politik negara , pembangkang akan terus
memanipulasikan suasana di setiap penjuru negara melalui kempen-kempen
ceramah politik mereka dan sudah pasti media pro pembangkang akan
menjadi medium utama meracuni pemikiran rakyat supaya menolak kerajaan
Barisan Nasional seterusnya merampas kuasa dengan bantuan pihak-pihak
luar.
Semua itu hampir pasti dilakukan kerana Anwar tahu pilihanraya umum ke13
pembangkang sudah pasti kecundang kerana gerak kerja UMNO dan Barisan
Nasional kini sudah jauh meninggalkan pasukan pembangkang.
Rakyat sudah sedar dan tahu bahawa siapa sebenarnya yang harus mereka
pilih dalam pilihanraya nanti dan kerana itulah Anwar dan pasukannya
perlu mencari jalan bagi merosakkan reputasi kerajaan dengan menyokong
serta menimbulkan huru-hara.
Jangan lupa semua Anwar juga pernah ke Selatan Thailand dan berjumpa
dengan kumpulan pemisah di sana.Tahukah anda apa tujuan beliau berbuat
demikian ?
Bolehkah anda bayangkan apa akan berlaku sekiranya huru-hara ini berlaku serentak di Semenanjung dan Sabah ?
MMI menulis berdasarkan apa yang berlaku dan terkini kerana apa yang
berlaku mempunyai kaitan tersendiri dan terpulanglah kepada diri
masing-masing sama ada percaya atau pun tidak.Sekurang-kurangnya MMI
berpesan kepada diri sendiri dan juga anda semua bahawa insiden di Lahad
Datu bukan saja berkisar kepada serangan penceroboh tentera Sulu yang
kononnya menuntut hak mereka tetapi ianya lebih dari itu.
Seperkara lagi yang harus diingat Anwar pernah berjumpa dengan Ketua
pemberontak di Filipina dan atas dasar apa seorang ketua pembangkang
dalam parlimen Malaysia berbuat demikian ?
Mungkin ada sesetengah pembaca mengatakan MMI merepek tetapi fikirkan
sesuatu bagaimana pula sekiranya apa yang dicatatkan diatas benar-benar
berlaku ?
Apa yang boleh MMI katakan adalah tentera Sulu yang menceroboh Lahad
Datu merupakan kambing hitam kepada satu gerakan terancang yang lebih
besar dan mereka sebenarnya sedang menantikan masa yang sesuai.
Namun syukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya kerajaan Malaysia
berjaya menghidu gerakan terancang ini dan berjaya mengawal situasi di
Lahad Datu dengan penuh iltizam dan berdedikasi.
Kita redha dengan tiap titisan darah para perajurit negara namun untuk
menyerah kepada mereka yang telah mencemarkan kedaulatan negara tidak
sekali.
Tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri kerana tegas dalam insiden
Lahad Datu.MENYERAH KALAH ATAU MATI DALAM PERTEMPURAN sarat dengan mesej
bukan saja kepada pengganas di Lahad Datu tetapi juga kepada sesiapa
jua sama ada dalam dan luar negara yang cuba-cuba untuk mengganggu-gugat
kedaulatan negara.Baca Sini
MMI yakin rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang kepimpinan negara kerana Malaysia adalah tanah tumpah darah kita bersama.
Seperkara yang perlu kita tahu adalah strategi Command & Conquer di Sabah tidak menjadi !!
No comments:
Post a Comment