"Kemampuan
memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling
memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun
dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
"Malah ada yang mencecah harga
RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan
melebihi 5 kilometer)," lapor laman itu lagi.
Satu lagi insiden
yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut
Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas
di kawasan terumbu karang Tubbuhata.
Menjadi tanda tanya kenapa
kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum
pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.
Yang
pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya
dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal
mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.
Pihak
Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada
komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang
tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan
perjalanannya dan enggan berhenti.
Timbalan Pengerusi
WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa
USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang
tersebut.
Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut
telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak
dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina
"The question is: Who
did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know.
The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western
Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,"
USS
Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut,
ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal
tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak
pihak marin Filipina.
"There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),"
Menjadi
tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala
peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah
kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di
medan perang.
Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina,
terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi
menyelamat dan memunggah barang-barang.
Tetapi aktiviti mereka
dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina
kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana
lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus
dihantar ke Jepun.
Selepas kejadian memindahkan anak kapal
selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan
Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah
mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.
Menurutnya
terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan
bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah. -Sumber FB
A.S kata, anda fikirkanlah logik yang ada.
A.S tak suruh korang pembaca telan bulat-bulat andaian dan kajian ini namun tak mustahil ada kewajarannya.
Namun
yang penting, kita rakyat Malaysia harus bersatu-padu untuk
mempertahankan kedaulatan negara kita dan letak tepi soal politik dulu..
No comments:
Post a Comment