Rasanya, ramai sudah mengetahui berhubung kenyataan pelawak popular, Salih Yaacob membuat keputusan bersara daripada dunia seni.
Salih juga menyerahkan nasibnya sebagai penyampai radio kepada pihak pengurusan syarikat penyiaran terbabit.
Utusan Malaysia melaporkan, Salih berkata ...
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat"
Melihat
kenyataan dikeluarkan, seperti ada sesuatu tidak kena. Masakan Salih
tidak mengetahui isi terperinci skrip DITUTURKANNYA dan tujuan rakaman
video menggunakan hanya satu kamera itu. Tidakkah dia bertanya kepada
kru produksi, di manakah rakaman terbabit akan disiarkan?
Tentunya bukan di slot drama televisyen atau panggung wayang.
Lebih membuatkan saya berasa keliru, mengapakah hanya Salih paling banyak dimaki-hamun berbanding pelakon lain?
Jika ditonton
dua klip video di atas, ramai lagi pelakon terkenal Malaysia terbabit
menjayakan rakaman video kini disiarkan di secara meluas di blog dan
You Tube.
Antara pelakon dikenal pasti, Adlin Aman Ramlee, Raja Azura, Nabil Raja Lawak dan Harith Iskandar.
Pihak pembangkang dilaporkan berhasrat memboikot stesyen radio Sinar FM kerana Salih bertugas di stesyen itu.
Gentarkah Sinar
FM? Bilangan pengundi berdaftar pada tahun 2013, berjumlah lebih 13
juta orang dan bukan semua mereka penyokong parti pembangkang.
Jika
diperhatikan sebelum ini penyanyi tersohor, Aishah, pelakon, Abby Abadi
dan Hairie Othman berceramah di pentas parti pembangkang. Mereka secara
terang-terangan menghentam sebilangan pemimpin kerajaan. Video klip di
atas hanya memaparkan sindiran sinis, tidak menamakan parti atau
mengutuk pemimpin Pakatan Rakyat secara terus. Majoriti rakyat Malaysia
tidak menunjukkan kebencian terlampau kepada mereka. Bukankah tindakan
mereka itu digelar kebebasan bersuara?
Hakikatnya, artis juga pengundi, justeru mereka berhak menyokong parti dirasakan sesuai untuk memerintah negara.
Menongkah arus tidak bererti mereka bersalah.
Jika bagi pandangan penyokong parti pembangkang, skrip diungkapkan oleh pelakon di dalam klip video itu bercanggah dengan undang-undang, buat sahaja laporan polis. Manalah tahu andai tindakan mereka itu boleh disabitkan mengikut Kanun Keseksaan dan mahkamah kemudian mengarahkan klip video itu dilarang untuk disiarkan.

Jika tidak, cuba perbetulkan kenyataan didakwa 'salah' menggunakan media sosial.
Bukan memaki-hamun bertali arus.
Bukan memaki-hamun bertali arus.
No comments:
Post a Comment