JOHOR BAHRU: Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengiktiraf
dan menghormati keputusan rakyat Sabah menyertai Malaysia pada 1963,
kata pengerusinya, Muslimin Sema.
Beliau berkata, rakyat Sabah berhak menentukan masa depan mereka dengan menyertai Malaysia 50 tahun lalu dan hak ini tidak boleh dipertikai mana-mana pihak.
Beliau berkata, rakyat Sabah berhak menentukan masa depan mereka dengan menyertai Malaysia 50 tahun lalu dan hak ini tidak boleh dipertikai mana-mana pihak.
Muslimin, yang juga Naib Datuk Bandar Cotabato City di selatan Filipina, berkata dalam kunjungannya ke Sabah pada 1973, beliau melihat sendiri kebahagiaan yang dinikmati rakyat negeri itu setelah menyertai Malaysia.
"Mereka membuat keputusan dan kami menerima keputusan mereka itu,"
kata Muslimin sambil menjelaskan bahawa beliau mempunyai ramai saudara
mara di Sabah, yang setia kepada negara mereka, Malaysia, dan menjalani
kehidupan dengan penuh sejahtera.
- BERNAMA
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment