Wednesday, March 13, 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU DAN PENYEBERANGAN HARAM DI SUNGAI GOLOK KELANTAN

Sejak kes pencerobohan  pengganas bersenjata berlaku di Lahad Datu, Sabah, ramai mempertikaikan kaedah sempadan mampu dibolosi.

"Selama ini, penduduk di selatan Filipina memang mempunyai hubungan kekeluargaan. Contohnya, mereka boleh mengadakan majlis akad nikah di negara jiran dan kemudian membuat kenduri doa selamat di Lahad Datu," ujar rakan, kini menetap di bandar itu.

Malah saya difahamkan, mereka menggunakan perkhidmatan talian 016 dan 019 untuk berhubung di antara dua negara, berjarak 22 batu nautika.


Di akhbar Harakah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengingatkan rakyat negara ini khususnya Sabah supaya tidak membantu pihak luar menceroboh negara sendiri.

Bagus benar peringatan itu, sila baca laporan lengkap di sini.

Cuma saya berasa hairan berhubung kejadian selama ini berlangsung di sempadan Malaysia-Thailand,  khususnya di Sungai Golok, Kelantan.

Sebelum ini, dianggarkan lebih 130  pangkalan haram didirikan di tebing Sungai Golok. Sungai menjadi nadi pengangkutan rakyat kedua negara menyeberang secara haram.

Semalam saya menghubungi rakan di utara Semenanjung.

"Sekarang ini masih ada berbelas lagi pangkalan haram di sungai itu dan penduduk kedua negara masih bebas keluar masuk menggunakan jalan air," katanya.

Pada Januari 2010, saya berada di tebing sungai sama dan merakamkan banyak gambar berhubung kegiatan penduduk. 


Klik di sini.


Tiada siapapun dapat membezakan identiti mereka menyeberangi sungai, samada rakyat Thailand atau warganegara kita.


Disember tahun 2012,  saya dengan kerjasama beberapa penduduk Thailand, tinggal  di tebing Sungai Golok, Kelantan, melakukan satu eksperimen ringkas untuk membuktikan pelbagai barangan termasuk senjata, terlalu mudah diseludup.

Klik di sini.

Laut Sulu pemisah di antara Sabah dan Filipina lebih luas berbanding kelebaran Sungai Golok. 

Di samping berbicara mengenai pencerobohan di Sabah, ada baiknya juga pihak kerajaan negeri Kelantan dan pihak berkuasa turut sama MEMPERKETATKAN kawalan di sempadan. Datuk Nik Aziz pula boleh memohon pihak berkuasa menutup semua pangkalan HARAM sekaligus memberhentikan kegiatan membolosi sempadan. 

Kegiatan berjalan di hadapan mata buat sekian lama, sehingga ke saat ini.

Benarlah sungguh kata pepatah Melayu, kuman di seberang laut kita nampak, gajah berlari-lari anak, melompat, bergurau, tidur di tepi sungai ... 

sumber 

No comments:

Post a Comment