Showing posts with label lahad datu. Show all posts
Showing posts with label lahad datu. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Penceroboh, dalang rancang serang ketika PRU-13

LAHAD DATU 14 Mac - Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.
"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.

Thursday, March 14, 2013

Polis buru guru hina pasukan keselamatan

KOTA BHARU 14 Mac - Polis memburu seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih, dipercayai sedang bersembunyi.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.

“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.

“Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan.

“Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN


Budaya balas dendam mungkinkan tragedi Lahad Datu berulang

KUALA LUMPUR: Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu berulang kembali pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, beliau berkata, pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara dan inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400km di pantai timur Sabah adalah antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang kembali. 

"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang kembali, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat itu).

"Budaya ini melibatkan keturunan juga masa ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," katanya kepada Bernama. 

Anggota keselamatan Malaysia sehingga kini menembak mati 56 pengganas.
Tragedi itu juga mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia.
Ahmad Zahid berkata budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina seperti pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu itu menyebabkan pengganas Sulu bertindak membalas dendam kepada Malaysia pada masa hadapan.

"Kalau itu berlaku di kalangan mereka tidak mustahil berlaku di negara kita. Bagaimana jaminan (tragedi itu tidak berulang) dapat dilakukan sedangkan mereka punyai budaya balas dendam. Kerana itu pentingnya kita wujudkan ESSCOM bagi memastikan ini tidak berlaku," katanya. 

Ditanya tentang rasional Malaysia bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina bagi menghapuskan ancaman itu secara terus di puncanya, beliau berkata tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu. 

"Pertama, kalau kita masuk ke Filipina ke kawasan mereka, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya dengan kita di Malaysia. Jadi kedaulatan kedua-dua negara ini perlu dihormati. 

"Kedua kita berbalik kepada budaya membalas dendam itu sendiri. Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya. 

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Filipina kerana sentiasa bekerjasama erat dengan Malaysia dalam menyelesaikan tragedi itu serta memastikannya tidak berulang kembali seperti usaha menyekat pengganas Sulu daripada memasuki Malaysia. 

Terdapat cadangan di kalangan rakyat Malaysia supaya pemimpin pengganas itu Jamalul Kiram diekstradisi ke Malaysia bagi didakwa di mahkamah negara ini, dan mengulas cadangan itu beliau berkata atas nama kebersamaan negara Asean, Malaysia boleh meminta Filipina untuk berbuat demikian. 

"Kita pernah hantar Nur Misuari (pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ke Filipina atas semangat Asean. Oleh demikian kalau Jamalul Kiram boleh ditahan dan diambil tindakan itulah sebaiknya. 

"Jamalul Kiram rakyat Filipina tetapi jenayah dilakukan di Malaysia, jadi atas nama kebersamaan sebagai negara Asean kita boleh meminta Filipina bawa beliau bagi didakwa di Malaysia. Namun itu bukan atas kuasa Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara kendalikan," katanya. 

Beliau berkata ada kewajaran terdapat cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno bagi mendakwa Jamalul Kiram dan pengikutnya mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. 

"Mungkin akta dan seksyen itu sesuai tetapi kita serahkan kepada Peguam Negara akta mana paling sesuai digunakan. Apapun saya tegaskan pengganas yang kita tahan di Malaysia itu akan diambil tindakan perundangan sewajarnya. 

"Kesalahan mereka itu dilakukan di negara kita jadi tindakan mahkamah dan perundangan mesti dilakukan di negara kita. Ia akan tertakluk kepada undang-undang di sini, kita menggangap mereka adalah penceroboh," katanya.
Sehingga kini 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan. 

Beliau turut ditanya tentang golongan tegar pembangkang yang hanya mempercayai fitnah dan tohmahan dilempar pemimpin pembangkang dan langsung tidak mempercayai maklumat disalurkan kerajaan tentang insiden itu. 

Ahmad Zahid menegaskan masalah yang dihadapi di Lahad Datu sekarang bukan masalah politik sebaliknya masalah keselamatan negara dan seharusnya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu. 

"Ini adalah hasil proses mentaksubkan pengikut yang hebat dilakukan pembangkang, budaya kebencian disemai di kalangan penyokong tegar mereka. Apa sahaja dibuat oleh kerajaan satu pun tidak positif. 

"Saya harap mereka hormati profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau mereka kata ATM atau PDRM tak sekuat mana, silakan ke Lahad Datu lihat sendiri. 

"Saya bawa jika benar mereka ada semangat patriotik. Sehingga sekarang tiada seorang pun (ingin ke Lahad Datu)," katanya. - BERNAMA

Tuesday, March 12, 2013

Mohd Lotfi Nor gelar polis di Lahad Datu sebagai anjing






Semalam, seorang lelaki yang hanya dikenali Mohd Lotfi Nor telah mengeluarkan kenyataan di akaun facebooknya dengan menggelar pasukan polis negara di Lahad Datu sebagai anjing yang boleh berubah-ubah. Korang boleh baca kenyataan lelaki ini di bawah. 





boleh klik sini untuk tengok FB dia

TUDM Kesal Atas Komen Mejar Khalid Hina Anggota Polis

Memetik siaran media yang dikeluarkan oleh Perhubungan Awam TUDM hari ini, berkata, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia amat kesal dengan catatan negatif yang telah dibuat oleh Mejar Khalid terhadap anggota polis yang terkorban di Lahad Datu, baru-baru ini.

TUDM dengan itu juga mengatakan bahawa komen Mejar berkenaan adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan etika sewajarnya sebagai tentera ATM dan TUDM khasnya.

Pihak TUDM juga telah menegaskan bahawa sebelum ini, arahan dan panduan penggunaan laman sosial telah dikeluarkan kepada seluruh warga TUDM.


TUDM kini sedang menyiasat secara terperinci dan akan mengambil tindakan susulan berpandukan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada.IMG-20130311-WA0047.

Pihak TUDM juga yakin bahawa insiden ini tidak akan menjejaskan hubungan kerjasama yang erat terjalin di antara dua badan keselamatan itu.

Pihak TUDM juga berharap insiden ini tidak akan menjejaskan moral dan semangat kesemua anggota keselamatan yang sedang bertugas di kawasan itu.

Pihak TUDM telah meminta mana-mana pengguna maya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan komen negatif yang disebarkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab melalui sebarang laman sosial.

sumber

Mutakhir Kampung Tanduo kini bersih daripada pengganas


Lahad Datu: Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengisytiharkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh pada 12 Februari lalu, kini bersih daripada pengganas.

Sehubungan itu, operasi mencari dan menggeledah kini ditumpukan di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis, yang terletak kira-kira lima kilometer (km) dari Kampung Tanduo.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, bagaimanapun berkata pasukan keselamatan tidak membenarkan penduduk kembali ke Kampung Tanduo berikutan operasi masih dijalankan di kampung berdekatan.

"Kami belum pasti bila penduduk Kampung Tanduo akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya pada sidang media di Felda Sahabat 16 dekat sini, hari ini.

sumber

Monday, March 11, 2013

Pengganas semakin tertekan



PASUKAN keselamatan negara berjalan dengan penuh semangat untuk menggempur saki-baki pengganas di Lahad Datu semalam.
 



LAHAD DATU - Terus bersembunyi kerana tiada tempat mahu lari. Begitulah keadaan pengganas Sultan Sulu yang semakin tertekan apabila pasukan keselamatan mengetatkan lagi kawalan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini yang menjadi kubu kuat mereka sebelum ini.

Dengan misi untuk memusnahkan kesemua pengganas yang semakin lemah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mendapat sokongan moral dan penambahan kekuatan sejak wilayah Sabah diceroboh pada 12 Februari lalu.

Berdasarkan semangat kerjasama tersebut, penggeledahan dan pemburuan pengganas di kedua-dua kampung yang terletak tujuh kilometer antara satu sama lain terus dipertingkatkan.

Keluasan kawasan yang dikuasai pasukan keselamatan di Lahad Datu ialah kira-kira 10 kilometer persegi. Pasukan keselamatan juga telah meletakkan 20 buah kapal di perairan Sabah dan menghantar tujuh batalion tentera.

Selain Lahad Datu, pasukan keselamatan turut menguasai kawasan Semporna, Kunak, Tawau dan Sandakan.

Bermula dengan serangan udara secara besar-besaran pada 5 Mac lalu, pasukan keselamatan terlebih dahulu menggempur kubu pengganas di Kampung Tanduo. Ekoran serangan itu, sebahagian daripada puak pengganas dipercayai melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu.

Panglima ATM, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin berkata, mengikut maklumat, saki-baki kumpulan pengganas yang dipercayai tinggal 100 orang itu sudah dikepung dan diyakini sukar melarikan dir
i.

Sunday, March 10, 2013

Lindung pengganas: 44 warga asing ditahan di Semporna

SEMPORNA 10 Mac - Pasukan keselamatan menahan 44 warga asing termasuk empat wanita di Kampung Pinggir Bakau di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah berkata, kesemua mereka ditahan kerana dipercayai melindungi kegiatan pengganas Sulu. - UTUSAN 

sumber