Susulan pengumuman sembilan perkara ‘berita baik’ sektor awam yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Pakatan Rakyat (PR) menegaskan ,pihaknya ada “tawaran lebih baik” untuk 1.4 juta anggota perkhidmatan awam.
Sehubungan itu kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, pihaknya
tidak bimbang dengan pengumuman ‘lumayan’ diumumkan oleh perdana menteri
semalam.
Malah katanya, kakitangan awam boleh membezakan antara tawaran PR dan Barisan Nasional, yang diketuai oleh Najib.
“PR ada tawaran yang lebih baik dan kami tidak bimbang, sebab
penjawat awam boleh bezakan. Soalnya, jangan salah guna tempoh selepas
mandat,” kata beliau.
Rafizi berkata demikian menerusi Twitter semalam mengulas pengumuman
senarai sembilan perkara yang berkaitan skim saraan kakitangan awam
termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Bagaimanapun beliau tidak memperincikkan butiran itu. PR melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 mereka akhir bulan lalu.
Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata, “orang-orang Umno meroyan.
Tidak faham isu dia orang ini…. isunya kerajaan yang tidak ada mandat,
salah guna untuk pancing undi, bukan soal kebajikan penjawat awam,”
katanya lagi.
Semalam, Najib antara lain berkata kerajaan bersetuju untuk memberi
semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji
tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai ini.
Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion, katanya.
Najib berkata, semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian
daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan
Transformatif (SST).
Perdana Menteri juga berkata, berkuat kuasa 1 Januari lalu semua
struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan
diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.
“Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji
maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013)
tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.
“Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan
motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara,” katanya.
Najib berkata, sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat,
dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan
berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak
tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji
maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk
syarat prestasi yang ditetapkan.
Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai
kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31
Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara
menyeluruh dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment