KOTA BHARU 14 Mac - Polis memburu seorang guru yang bertanggungjawab
menghina pasukan keselamatan sebagai anjing dan menganggap kematian
mereka sebagai mati katak dalam laman sosial Facebook miliknya,
baru-baru ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki
itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih, dipercayai
sedang bersembunyi.
Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung
laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan
1948.
Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang
dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di
sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.
Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan.
Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan
kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya dalam
sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment