CYBERJAYA 13 Mac - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali hari ini dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan berhubung kaitannya dalam penyebaran video membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau disiasat selama tiga jam bermula pukul 2.30 petang di bawah
Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia mengenai video yang dimuat
naik ke YouTube bertajuk Program Tukar ke Melayu (Project By Mahathir).
Azmin berkata, beliau telah memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak
SKMM dengan menjawab 51 soalan yang dikemukakan untuk membantu
siasatan.
Video ini memaparkan mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing dan di dalamnya ada komen saya terhadap video ini.
Ia adalah kenyataan media saya yang dikeluarkan pada 18 Januari lalu
mengenai pemberian kad pengenalan di Sabah," katanya selepas disiasat
oleh pihak SKMM di sini hari ini.
Azmin menafikan mengenai penglibatan beliau dalam penghasilan video selama hampir seminit itu.
Ahli Parlimen Gombak itu menambah, kenyataannya telah digunakan ke
dalam video tersebut dan disebabkan itu beliau dipanggil memberikan
keterangan.
No comments:
Post a Comment