KUALA LUMPUR 13 Mac - Seorang pelancong wanita dari Amerika Syarikat
(AS) mengalami 'mimpi ngeri' setelah disamun dan dirogol oleh pemandu
teksi di sebuah inap desa di Sungai Pelek, Sepang dekat sini semalam.
Mangsa berusia 25 tahun menjadi mangsa penjenayah berkenaan selepas
menaiki teksi suspek di sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara,
Petaling Jaya dekat sini.
Pemandu teksi iaitu seorang lelaki berketurunan India kemudian
membawa mangsa ke sebuah inap desa di Sungai Pelek sebelum menyamun dan
merogolnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi
Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tentang kejadian
itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Setakat ini, kita sudah membuat satu tangkapan dan menjalankan
siasatan lanjut untuk mengesan penjenayah terlibat dalam kejadian itu,"
katanya enggan mengulas lanjut.
No comments:
Post a Comment