Monday, March 11, 2013

Amanat PM Kepada Penjawat Awam 11 Mac 2013



Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam hari ini di Putrajaya sudah tentu amat dinantikan oleh kakitangan awam seluruh negara. Tambahan pula Cuepacs sebelum ini telah memohon beberapa tuntutan demi kebajikan penjawat awam.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Perdana Menteri (PM) dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini. Antaranya berkenaan kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji.

Beliau juga berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam. Katanya, kertas cadangan itu turut meliputi cadangan kenaikan dua hingga lima peratus untuk penjawat awam yang sudah capai had gaji maksimum.

“Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu. Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam,” katanya.

Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan. Jelas beliau, mungkin ia akan mengambil masa lebih sikit kerana kena perlu melihat balik semua elaun dan juga akan ada implikasi kewangan yang lebih.

kredit to Wowberita

No comments:

Post a Comment