Friday, March 15, 2013

Cerita Kelakar-Baby Tengah Menari


Penceroboh, dalang rancang serang ketika PRU-13

LAHAD DATU 14 Mac - Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.
"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.

Tiga wanita, bayi maut dalam kemalangan

KUALA LIPIS 15 Mac - Tiga wanita dan seorang bayi perempuan berusia setahun maut apabila kereta Honda City yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di KM17, Jalan Lipis-Merepoh, dekat sini awal pagi ini.

Dua lagi wanita termasuk pemandu yang berada dalam kereta yang sama mengalami kecederaan parah dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 12.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki lima wanita dan bayi perempuan terbabit yang datang dari arah Gua Musang, Kelantan dipercayai hilang kawalan semasa tiba di tempat kejadian.

"Kereta itu kemudiannya memasuki lorong sebelah kanan lalu bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.

"Mereka yang terbunuh ialah Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, 1, dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai "Yanti", 20-an.

"Identiti pemandu kereta dan seorang lagi rakannya yang cedera parah belum dikenal pasti dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," kata Abdul Razak kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu bas ekspres tersebut dan kesemua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, semua mereka yang mati dan cedera mempunyai hubungan kekeluargaan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN

Ops Daulat: Seorang Lelaki Miliki Pedang Samurai, Parang Ditahan

LAHAD DATU: Seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Tanjung Labian awal pagi Khamis setelah didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lelaki itu yang menunggang motosikal dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika ditahan, sebelum pemeriksaan mendapati bungkusan yang dibawa mengandungi senjata berkenaan.

Katanya lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat.

"Siasatan adalah untuk ketahui latar belakang lelaki tersebut," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini Khamis.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada lelaki itu warga tempatan atau rakyat asing.

Dalam pada itu Ismail berkata tiada sebarang pertempuran berlaku di dalam kawasan Operasi Daulat di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dalam tempoh 24 jam lepas.

Bagaimanapun katanya pasukan keselamatan masih meneruskan operasi menjejaki saki-baki pengganas di kedua-dua kawasan berkenaan selain meningkatkan sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.

Beliau berkata pasukan forensik juga sedang mengumpul profil Deoxyribonucleic acid (DNA) dan cap jari 26 mayat pengganas untuk mengenal pasti identiti mereka.

Berhubung penahanan dua bot yang dinaiki 35 warga Filipina yang dipercayai pengikut Jamalul Kiram di perairan Tawi-Tawi semalam, Ismail berkata pihaknya masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Filipina.

Media Filipina pada Rabu melaporkan unit peronda Tentera Laut Filipina menahan 35 orang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah sekitar jam 6.30 pagi, dan beberapa unit senjata serta bahan letupan turut dirampas dari bot berkenaan.

Ismail sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat selain meminta semua pihak memberi kerjasama yang baik bagi menjamin kejayaan operasi itu. 

Singapura bakal miliki jet tempur F-35 AS

Singapura: Singapura berada dalam tahap akhir menilai jet tempur F-35 Amerika Syarikat untuk menaik taraf tentera udaranya. Jadi, Singapura tentu akan segera membuat tempahan berpuluh-puluh jet yang berdepan masalah lebihan kos dan kelewatan penghantaran, kata sumber.

Singapura, hab perniagaan dan perkapalan dengan tentera paling lengkap di Asia Tenggara, dijangka menyerahkan surat permohonan tidak lama lagi untuk mendapatkan F-35 Joint Strike Fighter, kata dua pegawai Amerika mengenai perkara ini. 

Republik itu akan memulakan proses minggu ini untuk membeli pesawat yang dibina Lockheed Martin Corp itu, kata seorang pegawai. Pratt & Whitney, satu unit dalam United Technologies Corp, membina enjin untuk F-35. 

Selasa lalu, menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen, berkata tentera udara mengenal pasti F-35 sebagai pesawat paling sesuai untuk usaha memodenkan armada perang. 

“Pesawat F-5 milik kami menghampiri tahap akhir operasi dan F-16 dalam fasa pertengahan. Kita kini dalam tahap akhir menilai F-35,” katanya di Parlimen. 

Ng tidak memberikan tarikh tetapi berkata kementerian pertahanan akan berpuas hati jika jet pejuang itu menepati keperluan jangka panjang, memulakan operasi, dan paling penting ia berkesan dari segi kos. 

Tentera Udara Singapura kini memiliki 24 F-15SG, 20 F-16C dan 40 F-16D, 28 F-5S dan sembilan F-5T, menurut Institut Kajian Strategik Antarabangsa. Ia juga memiliki 19 helikopter tempur AH-64D Apache.

Singapura yang ada 5.3 juta penduduk itu bercadang membelanjakan S$12.3 bilion (RM30.6 bilion) bagi tujuan pertahanan pada tahun kewangan 2013 bermula April ini, peningkatan 4.3 peratus daripada tahun sebelumnya.

Thursday, March 14, 2013

Hukum Menjilat Kemaluan Isteri!

Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan “oral sex” ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda?
Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perkara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.”

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.mazeermohamad.blogspot.com

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).
 
 4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.
 
 Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.

Virus nCoV ragut mangsa kesembilan

GENEVA: Sejenis virus seperti Sindrom Pernafasan Akut (SARS) yang menyerang Britain dan Asia Barat meragut nyawa seorang mangsa baru di Arab Saudi, menjadikan angka kematian global akibat penyakit misteri itu kepada sembilan orang, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan bahawa lelaki berusia 39 tahun yang menunjukkan tanda-tanda pada 24 Februari lalu dan dirawat empat hari kemudian, meninggal dunia 2 Mac lalu. 

Siasatan awal menunjukkan mangsa tiada berhubung dengan kes dilaporkan sebelum ini, kata WHO dalam satu kenyataan. Pendedahan potensi lain kini sedang disiasat.

Virus baru korona, dikenali sebagai nCoV, kali pertama dikesan pertengahan tahun lalu.

Termasuk mangsa terbaru, sejumlah 15 kes kini dilaporkan.

Sembilan kematian berpusat di Arab Saudi, Jordan dan Britain. Di Britain, ia membabitkan sebuah keluarga, seorang daripadanya mengunjungi Asia Barat dan Pakistan.

Kelmarin, WHO mengulangi gesaan ke atas negara anggotanya supaya berhati-hati terhadap kes jangkitan pernafasan teruk dan secara berhati-hati mengkaji sebarang corak luar biasa.

WHO kini bekerja sama dengan pakar antarabangsa dan negara di mana kes dilaporkan untuk menilai situasi dan mengkaji cadangan untuk pengawasan dan pemantauan, katanya.

Negara anggota perlu secara segera menilai dan memaklumkan WHO sebarang kes baru jangkitan nCoV, bersama maklumat berhubung pendedahan potensi yang mengakibatkan jangkitan, ia menambah.

AFP